Pelakon Kacak Dari Parit Buntar Tayang Bentuk Alat Kelamin Di IG, Mahu Buktikan Saiz Sebenar Kepada Peminat?
Amri Hassan
15/02/2022 03:55 MYT
15/02/2022 03:55 MYT
Pelakon Malaysia yang kini menetap di Taiwan, Hero Tai mencetuskan kekecohan di media sosial apabila tampil berkongsi bayangan saiz alat sulitnya di Instagram Stories baru-baru ini.
Hero Tai atau nama sebenarnya Dai Zuxiong, 35, menjawab soal jawab peminat yang bertanyakan kebenaran tentang ukuran alat sulinya yang dikatakan bersaiz 18 sentimeter.
Dia kemudiannya tampil memuat naik foto berselfie di Instagram Stories memaparkan juga sepasang tangan lain yang salah satunya memegang alat sulitnya.
"Kalau itu palsu, adakah anda akan lebih gembira?" tulisnya pada kapsyen foto 'bukti' berkenaan.
Bagaimanapun, Hero Tai memberitahu dia telah dihujani dengan kritikan berhubung penyiaran foto berkenaan yang kemudiannya tampil menjelaskan situasi sebenar.
"Asalnya, saya mahu menjadikan sesi soal jawab itu lebih santai dan humor... Saya mohon maaf kepada semua orang," ujarnya yang memberitahu tangan yang memegang alat sulitnya itu milik salah seorang kawannya dan ia merupakan salah satu cabaran dalam satu permainan sesama sendiri.
Dalam Instagram Stories lain, Hero Tai memaklumkan telah mendapat reaksi mengejutkan daripada bapanya sendiri selepas tular foto berkenaan.
"Bapa saya menghubungi saya malam tadi. Perkara pertama yang dia soal adalah apa sebenarnya yang berlaku pada saya. Ingatkan dia nak menegur perbuatan saya.
"Kata bapa saya 'apa boleh buat orang lain rasa 'inferior', tiada apa yang boleh kamu buat'.
"Bapa saya mesti rasa bangga dengan hasil keturunannya," tulis Hero Tai.
Hero Tai yang dilahirkan di Parit Buntar, Perak itu pernah membintangi beberapa filem antaranya Kepong Gangster, Reverse War, The Perfect Girl dan Tears of the Mom.
Malah, Hero Tai yang mula bertapak di Taiwan sejak 2012 itu pernah dinobatkan sebagai Mister Malaysia International 2006 dan pernah menulis buku tentang penjagaan diri.
Sumber: IG @herotai_official, Xuan