Penerima trofi Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia 29 (FFM29), Harith Haziq menjadikan Fattah Amin sebagai idolanya dalam bidang lakonan.
Harith yang berusia 9 tahun pernah bergandingan dengan Fattah dalam drama bersiri Cinta Ibadah.
“Saya menjadikan Fattah sebagai idola dalam bidang lakonan. Dia seorang yang sangat baik dan popular.
“Saya pernah berlakon dengan Fattah dalam Cinta Ibadah. Cinta Ibadah merupakan drama pertama lakonan saya. Ketika itu, dia sangat baik dan banyak membantu saya,” kata Harith.
Menerima pengiktirafan menerusi filem Redha, Harith banyak membuat pemerhatian untuk membawa watak kanak-kanak autistik.
“Sukar untuk saya bawakan watak itu. Cabaran yang saya tempuhi adalah untuk mengikut pergerakan kanak-kanak autistik.
“Saya harus memerhatikan mereka dan memasukkan elemen tersebut dalam lakonan saya.
“Saya bersyukur kerana menerima anugerah ini kerana saya memang minat bidang lakonan. Saya akan berusaha dengan lebih kuat lagi di masa akan datang,” katanya lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @ffm29official
Kamaruddin Razal
Tue Sep 26 2017


Andi Bernadee Mohon Peminat Berhati-Hati – “Saya Hanya Ada Satu Akaun Rasmi Instagram…”
Jangan tertipu ya semua...

YouTuber Terkenal Didakwa Pukul Pemain Futsal, Siap Bawa Kerambit?
25 vs 1
.jpg?ext=.jpg)
#OhAbeNik: Perlu Ker Berhabis Duit Untuk Renovate Rumah? Kalau Kaya Bolehlah...
Nak renovate rumah tapi duit tak ada...

COVID-19: 1,680 Kes Baharu, 7 Kematian
Terus patuhi SOP!

Hilang Keluarga, Hilang Kerja... WHO Beri Amaran Cabaran Kesihatan Mental Akibat Pandemik
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat membangkitkan mengenai cabaran kesihatan mental yang disebabkan oleh pandemik COVID-19

Kerja Dah Settle Tapi Payment Belum Dapat, Nabila Huda; "Masa Nak Panggil Punyalah Mengampu, Bila Dah Dapat ..."
Abil terpaksa bergaduh demi dapatkan payment...

Zul Yahya Keluar Tabligh Demi Jaga Kemuliaan Jemaah, Ada Yang Kecam; "Kau Ingat Ini NGO Boleh Keluar Masuk?"
Zul Yahya nekad, punyai pendirian sendiri...

Isu Sajat: Ustaz Kazim Elias Beri Nasihat, Alicia Amin Minta 'Leave Sajat Alone'
Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias atau Ustaz Kazim menasihati orang ramai untuk menegur dan menasihati saudara Islam dengan baik dan beradab.

Jawab Soalan 'Bila Nak Kahwin?' Tapi Cincin Beyblade Vida Pula Jadi Bahan Netizen
Orang terus terpandang cincin DSV!

Hari Wanita Sedunia: Siti Elizad Sokong Wanita Perlu Ada Duit Sendiri, Fasal Anak Pula...
Tema tahun ini Wanita Bangkit Mendepani Cabaran.