Hiburan
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik FFM29 Jadikan Fattah Amin Sebagai Idola
Penerima trofi Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia 29 (FFM29), Harith Haziq menjadikan Fattah Amin sebagai idolanya dalam bidang lakonan.
Harith yang berusia 9 tahun pernah bergandingan dengan Fattah dalam drama bersiri Cinta Ibadah.
“Saya menjadikan Fattah sebagai idola dalam bidang lakonan. Dia seorang yang sangat baik dan popular.
“Saya pernah berlakon dengan Fattah dalam Cinta Ibadah. Cinta Ibadah merupakan drama pertama lakonan saya. Ketika itu, dia sangat baik dan banyak membantu saya,” kata Harith.
Menerima pengiktirafan menerusi filem Redha, Harith banyak membuat pemerhatian untuk membawa watak kanak-kanak autistik.
“Sukar untuk saya bawakan watak itu. Cabaran yang saya tempuhi adalah untuk mengikut pergerakan kanak-kanak autistik.
“Saya harus memerhatikan mereka dan memasukkan elemen tersebut dalam lakonan saya.
“Saya bersyukur kerana menerima anugerah ini kerana saya memang minat bidang lakonan. Saya akan berusaha dengan lebih kuat lagi di masa akan datang,” katanya lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @ffm29official
Must-Watch Video