,
Hiburan

Berbulan-Bulan Lakukan Solat Sunat Istikharah, Zehra Zambri Tenang Buat Keputusan Sertai GV11 - "Ini Bukan Mudah"

Ernalisa
14/11/2024
05:55 MYT
Bintang Gegar Vaganza musim 11 (GV11), Zehra Zambri, akui mengalami detik sukar untuk membuat keputusan beberapa bulan sebelum menyertai rancangan realiti hiburan popular itu.

BERITA BERKAITAN:GV11: Zehra Zambri Tak Menyesal Berhenti Kerja - "Ini Juga Minat Saya Dari Dulu, Cuma ..."

​BERITA BERKAITAN:Abang Kritikal Kerana Covid-19, Zehra Zambri Kesal Rawatan Lambat Diberikan

​BERITA BERKAITAN:GV11: Reshmonu Teruja, Sahut Cabaran Nyanyikan Lagu Dangdut - "Itu Memang Susah, Saya Pun Tak Dengar ..."

BERITA BERKAITAN:GV11: Ning Baizura Terbuka Bakal Dikomen Juri & Rakan Industri - "Datuk Syafinaz Memang ..."

Bagaimanapun kata Zehra, dia sempat melakukan solat istikharah bagi membantunya membuat keputusan tepat tanpa rasa kesal.

"Alhamdulillah saya rasa tenang dan tak kecewa dengan kata putus dari hari saya selepas saya lakukan solat untuk diberi petunjuk.

"Lama juga saya lakukan solat sunat istikharah. Jadi lepas kata hati tu mengatakan kuat supaya kita sertai GV11 saya tak teragak-agak katakan ya pada pihak Astro ketika itu.
"Bagi saya sendiri nak buat keputusan itu bukan mudah banyak perkara memang Zehra perlu fikirkan. Kerja sekarang saya minat,menyanyi pun saya minat. Jadi disitu kita jadi berbelah bahagi sikit.
"Tapi macam saya cakap saya rasa inilah jawapannya," katanya kepada Gempak.
Kata Zehra, melakukan solat sunat istikharah merupakan jalan terbaik bagi mencari jawapan terbaik untuk dirinya.
Selain itu, kata Zehra dia juga bersyukur mendapat sokongan kuat daripada keluarga selain rakan terdekat.
"Tipu kalau Zehra kata tak gembira bila dapat tahu kita antara yang disenaraikan terpilih untuk GV.
"Cuma yang bersyukurnya,Zehra dapat sokongan dari orang terdekat. Itu yang buatkan kita tersentuh dan lebih bersemangat.
"Mungkin ini juga satu peluang untuk diri saya sendiri untuk kembangkan lagi bakat yang ada dan mana tahu ada rezeki lebih baik selepas itu.

"Rezeki semua kita tak tahukan..Zehra percaya pada ketentuan setiap rezeki yang telah ditetapkan," tambahnya.

Zehra mencipta nama dalam Anugerah Juara Lagu ke-21 menerusi lagu etnik, Semalakama, ciptaan Pak Ngah.
Dia pernah menghasilkan album pertamanya pada tahun 2005, iaitu album Zehra Zambri di bawah syarikatnya sendiri, Zehra Kreatif Productions.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Misha Omar Tak Muncul Di SFMM39, Vanessa Reynauld Nyanyi Lagu ‘Masihkah Ada Rasa Itu’ Dapat Pujian

gempak
15/11/2024
02:25 MYT
Kemunculan penyanyi Vanessa Reynauld mendendangkan lagu Masihkah Ada Rasa Itu nyanyian asal Misha Omar menimbulkan pertanyaan dalam kalangan penonton terutama peminat penyanyi wanita itu.
Berita

Sangsi Anak 'Terlalu Cantik' Lelaki Buat Ujian DNA

gempak
14/11/2024
05:25 MYT
Seorang lelaki di Vietnam yang sangsi mengenai kecantikan anaknya kerana dilihat tidak mewarisi rupa paras seperti dia dan isterinya telah mendorongnya untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
gegar-vaganza-11

GV11: Zehra Zambri Tak Menyesal Berhenti Kerja - "Ini Juga Minat Saya Dari Dulu, Cuma ..."

gempak
11/11/2024
12:55 MYT
Bintang Gegar Vaganza musim 11 (GV11) Zehra Zambri akui pada awalnya sukar membuat keputusan untuk berhenti kerja untuk menyertai GV11.
gegar-vaganza-11

GV11: Reshmonu Teruja, Sahut Cabaran Nyanyikan Lagu Dangdut - "Itu Memang Susah, Saya Pun Tak Dengar ..."

gempak
11/11/2024
03:55 MYT
Sebagai penyanyi, Reshmonu memandang GV ini merupakan satu konsep pertandingan yang serius berbanding program, Masked Singer yang pernah dia sertai dahulu.
gegar-vaganza-11

GV11: Astro Kekalkan Gandingan Nabil dan Jihan, Magis Keserasian yang Sukar Ditandingi

gempak
08/11/2024
02:55 MYT
Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro, Raqim Ahmad, keserasian pasangan pengacara itu bersama barisan peserta dan juri antara sebab mereka berdua masih dikekalkan.
Unitar