Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pelakon Kantoi Dengan Sugar Daddy, Sampai Minta Pembantu Peribadi ‘Deal’ Dengan Isteri Pertama Untuk Redakan Keadaan

Asyraf Roslan
07/09/2024 05:55 MYT
Seorang bekas pembantu peribadi selebriti yang hanya dikenali sebagai Hilmi mendedahkan bahawa ada seorang artis dibawah jagaanya pada ketika itu mempunyai hubungan sulit dengan suami orang.

Hanya memperkenalkan artis tersebut sebagai R, Hilmi memberitahu bahawa aktres berkenaan pernah ditangkap oleh isteri pertama skandalnya itu.

“Perangai awal-awal dia tak ada apa-apa, biasa je. Tapi lama-lama dia mula tunjuk perangai dia yang diva tu cuma itu masih saya boleh cover lagi.

“Tapi ada satu masa dia buat hal yang sangat besar iaitu ada skandal dengan suami orang sampai media dapat hidu.

“Ada sekali tu selepas shooting dia kata nak balik sendiri dan saya ikutkan sahaja namun selepas tiga jam dia mendesak saya datang ke sebuah apartment rupa-rupanya dia dah kena kantoi dan kena serang dengan isteri pertama.

“Nasib baik pada ketika itu, tak jadi kes besar melibatkan JAIS dan lain-lain jadi dia minta saya untuk slow talk dengan wanita berkenaan.

“Selepas dah slow talk saya ingat semuanya sudah okay, tapi isteri pertama itu tetap mengeluarkan sebuah video sehingga tular,” ujar Hilmi di podcast Untold Story 2 oleh Ashhrapp Channel.

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang Bola Sepak Terkenal Kantoi Bawa Pulang Perempuan Lain, Isteri Terdetik Nak Periksa Kamera Pada Loceng Pintu

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Rap Didakwa Hamilkan Wanita Lain & Pukul Bekas Kekasih? - “The Ex Stayed With Him Dari Dulu, Siap Buat Foodpanda Bersama”

ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah Pilih Ciri Calon Suami Yang Jujur & Tak Curang, Rupanya Sophia Albarakbah Pernah Ditipu Bekas Kekasih

Selepas kejadian itu, Hilmi memberitahu supaya artis tersebut tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga kes itu reda.

“Saya bagi tahu dekat R jangan keluarkan apa-apa kenyataan sampai satu benda tu dah reda. Cuma dia ni suka ikut kepala dia sendiri tapi saya dapat tahu dia masih contact lelaki tersebut sebab lelaki tersebut kaya dan mampu berikan apa sahaja kepadanya.

“Saya sampai tahu tahap kena merayu-rayu dekat media untuk minta berita mengenai artis itu diturunkan untuk menjaga reputasi dia yang pada ketika itu sedang meningkat naik,” tambah Hilmi.

Menerusi video yang tular di laman TikTok itu, netizen memetik nama pelakon, Alya Iman sebagai individu yang dikenali sebagai R.

Suratan atau kebetulan? Hanya tuan badan sahaja yang tahu.

#pelakon #Skandal #Sugar Daddy #Pendedahan