Laman Utama

Pelakon & Kru Positif COVID-19, Produksi Dendam Seorang Isteri Henti Penggambaran

Izwan Isa
06/02/2022
03:50 MYT
Penerbit dan pengarah Shahrulezad Mohameddin memberitahu rumah produksi Radius One Sdn. Bhd. menghentikan penggambaran drama bersiri Dendam Seorang Isteri serta merta selepas pelakonnya, Aidit Noh dan kru produksi disahkan positif COVID-19 dua hari lalu.
Shahrulezad menjelaskan, pihaknya mengambil tindakan pantas tersebut memandangkan penularan COVID-19 varian Omicron lebih pantas berbanding varian-varian sebelum ini.
“Terdapat dua pasukan penggambaran bagi drama ini. Apabila kami dimaklumkan bahawa pelakon kami iaitu Aidit serta kru ada yang positif COVID-19, kedua-dua pasukan menghentikan aktiviti penggambaran.
“Sungguhpun tiada gejala awal ditunjukkan oleh mereka yang positif pada awalnya, namun, kami tak mahu mengambil risiko dan menjemput pegawai perubatan untuk menjalankan ujian.
“Justeru, selepas ujian dilakukan, ada beberapa kru turut positif manakala kami akan terus melakukan proses kuarantin selama 10 hari," katanya kepada Gempak.
Tambah Shahrulezad, dia dan pasukannya tidak panik kerana ini bukanlah kali pertama mereka berdepan situasi ini.
“Kali ini kami tak panik seperti sebelum ini sebab dah ada pengalaman dengan prosedur operasi standard (SOP) dan sebagainya,” katanya lagi.
Kongsinya lagi, dia dan pasukanny sentiasa bersiap sedia dengan segala kemungkinan selepas melihat peningkatan kes baharu sejak kebelakangan ini.
“Dari awal lagi saya dan pasukan sudah bersedia dengan kemungkinan yang kami terpaksa berdepan dengan situasi sebegini.
“Bagaimanapun, saya tetap bersyukur sebab kami dapat mengesan awal dan mengambil tindakan dalam kadar segera. Pihak Astro pun faham dan tak ada sebarang masalah,” katanya.
Selain Aidit, drama 80 episod arahan Nizam Zakaria dan Uchee Fukada itu juga turut dibintangi Fasha Sandha, Wan Raja dan Nad Zainal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Nad Zainal Nak Berehat, Risau Penonton Jemu Drama Back To Back?

gempak
23/07/2022
06:00 MYT
Mungkin Nad ada sebab tersendiri
Laman Utama

Didik Diri Berdisiplin Sejak Di Bangku Sekolah, Fasha Sanda – “ Itu Resepi Saya Kekal Relevan”

gempak
21/07/2022
12:00 MYT
Bakat Fasha seiring dengan personaliti dirinya
Laman Utama

Amylea Azizan Kongsi Kisah Pertama Kali Berlakon Dalam Dendam Seorang Isteri

gempak
06/07/2022
07:50 MYT
Amylea kongsi pengalaman
Laman Utama

"Malu Kalau Bercerai, Padahal Hari-Hari Kena Pukul" - Aidit Noh Nasihat Mangsa Domestic Violence Jangan Malu, Bersuara Kalau ...

gempak
28/06/2022
08:25 MYT
Aidit Noh menasihati golongan wanita agar tidak takut dengan golongan lelaki dan tampil bersuara seandainya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Laman Utama

“Maki-Maki Lepas Tu Minta Maaf Pada Saya” - Penangan Datin Mona, IG Ziema Din Pernah Kena Serang

gempak
17/05/2022
08:00 MYT
Memang betul-betul buat orang benci Datin Mona ni.