Laman Utama

Pelakon Mandi Guna Air Mineral Bimbang Tahap Kebersihan Air Paip

gempak
Maliah Surip
06/03/2023
14:49 MYT
Sponsor Banner
Pelakon Mandi Guna Air Mineral Bimbang Tahap Kebersihan Air Paip
Salah seorang bintang sinetron popular Indonesia, Ikatan Cinta, Verrell Bramasta baru-baru ini menjadi buah mulut netizen.
Hal itu tercetus selepas lelaki berusia 26 tahun tersebut berbagi kisah dirinya mandi menggunakan air mineral.
Dalam perkongsian yang diberi, Verrell mengatakan dirinya mandi dengan air mineral selepas tiada bilik mandi di kawasan dirinya melakukan penggambaran iklan di kawasan pantai.
Apa yang menariknya, Verrell mengaku itu bukan pertama kali dirinya mandi menggunakan air mineral. Dia kemudian mendedahkan konten yang dikongsi mengingatkan dirinya tentang masa kecil yang selalu mandi menggunakan air mineral.
Dia mengaku sudah biasa mandi dengan air mineral sejak kecil. Tindakan itu dibuat ibunya, Venna Melinda sehingga dia mencecah usia tiga tahun.
“Kalau ikutkan pengakuan dari ibu, saya memang telah dimandikan dengan air mineral sejak bayi sehingga berusia sekitar tiga tahun,” ujarnya seperti dilaporkan Kapanlagi.com.
Verrell bagaimanapun tidak tahu alasan kukuh di sebalik ibunya menggunakan air mineral untuk memandikan dirinya sewaktu kecil.
“Cuma mungkin itu pengalaman pertama dia menjadi ibu, jadi mahukan yang terbaik buat anak. Mungkin dia bimbang tahap kebersihan air paip akan membuatkan kulit saya rosak, jadi dia mandikan dengan air mineral,” akuinya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live