Pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari tadi.

Khabar duka itu dimaklumkan oleh bekas isteri Ridzuan, Didie Alias menerusi hantaran di Instagramnya pada Khamis.

"Saya nak maklumkan kepada semua sahabat dan saudara mara yang mengenali bekas suami saya, Ridzuan Hashim. Beliau telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.

"Saya mohon kepada semua sesiapa ada hutang dengan arwah boleh hubungi saya dan ampunkan beliau," maklum Didie.

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)


Berita itu turut disahkan oleh anak saudara Allahyarham, Kamarul Izham Ahmad Badri kepada Astro AWANI.

"Bapa saudara saya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur sekitar sejam lalu. Buat masa ini jenazah masih berada di hospital dan keluarga sedang menguruskan hal pengebumian," kata Kamarul Izham ketika dihubungi.