Laman Utama
Pelakon Riverdale Mengaku Tembak Mati Ibu Sendiri, Rancang Bunuh Perdana Menteri Kanada
Bekas pelakon siri televisyen Riverdale, Ryan Grantham menjadi bualan ramai selepas mengaku bersalah membunuh ibunya sendiri.
Grantham, 24, menjalani prosiding perbicaraan terhadap pembunuhan ibunya, Barbara Waite, sejak Isnin lalu.
Prosiding berkenaan untuk menentukan berapa tahun hukuman penjara yang akan dijatuhkan pada pelakon terbabit termasuk pembebasan bersyarat.
Memetik laporan US Magazine, sidang yang berlangsung di mahkamah British Columbia itu turut memaparkan rakaman pelakon kelahiran Kanada itu berlatih untuk menembak ibunya.
Video Grantham sedang menunjukkan mayat ibu dan mengaku membunuhnya turut ditayangkan.
Pada 31 Mac 2020, Grantham telah menembak ibunya di belakang kepala ketika ibunya itu sedang bermain piano.
Mahkamah pada Selasa lalu turut mendakwa Grantham merancang untuk membunuh Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.
Lapor CBC News, Grantham berada di wilayah timur sehari selepas kematian ibunya dan membawa 12 bom molotov, tiga senjata dan beberapa butir peluru dalam kenderaannya.
Turut ditemui barangan perkhemahan dan peta menuju ke Rideau Cottage, lokasi Justin Trudeau menetap bersama keluarganya.
Dalam satu kenyataan yang dibacakan menerusi diari tulisannya, Grantham tidak menuju ke kediaman Trudeau sebaliknya ke balai polis di Vancouver untuk menyerah diri.
"Saya tidak boleh menjelaskan tentang tindakan saya. Saya tiada sebarang alasan," katanya dalam satu pernyataan di mahkamah pada Rabu lalu.
Pendakwaraya, Michaela Donnelly turut menunjukkan dua laporan perubatan yang membuktikan pelakon itu bergelut dengan depresi serius beberapa bulan sebelum kejadian.
Menurut laporan CBC News, Grantham memilih untuk membunuh ibunya bagi mengelakkan mendiang melihatnya melakukan keganasan yang dirancang.
Sumber: NDTV, US Magazine, CBC News
Must-Watch Video