Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pelakon Terkenal Beverly Hills 90210, Luke Perry Meninggal Dunia Akibat Strok

Badrul Hashim
05/03/2019 00:56 MYT
Pada mereka yang membesar dengan cerita Beverly Hills 90210, siri yang mengisahkan tentang anak-anak orang kaya di sekolah Beverly Hills pasti mengenali Luke Perry.

Pelakon kacak ini merupakan salah satu tunggak utama dalam siri tersebut yang cukup popular pada di tahun 90an.

Menurut ejen kepada pelakon tersebut, Luke Perry meninggal dunia pada Isnin (waktu tempatan) selepas serangan strok yang teruk.

Luke dimasukkan ke hospital di Los Angeles minggu lalu meninggal dunia di samping anak-anaknya, Jack dan Sophie, tunang, bekas isteri, ibu bapa dan saudara mara terdekat.

Sumber: NST/AFP
#pelakon #Hollywood #Pelakon #Hollywood #Luke Perry