Jika anda pernah menonton filem popular Thailand, I Fine.. Thank You.. Love You, Heart Attack, Mr. Hurt dan Brother of The Year, pastinya anda mengenali wajah kacak ini.

Karya lakonan Sunny Suwanmethanont sering menjadi pilihan penonton dan peminat industri hiburan tempatan.

Tidak hanya bersandar dengan wajah kacak semata-mata, Sunny merupakan seorang aktor yang penuh dengan bakat dan kebolehan.

Berita baik kepada peminat di Malaysia, Sunny bakal menemui anda semua bersempena dengan sambutan ulang tahun ketiga platform penstriman Dimsum pada bulan November ini!



Sebuah konsert yang menampilkan sembilan artis popular dari Thailand, Dimsum Thai Pop 2019 akan diadakan buat julung kalinya di Malaysia.

Konsert besar-besaran tersebut bakal dimeriahkan dengan kehadiran Sunny serta artis-artis popular Thailand seperti 9BY9, Sky Wongravee Nateetorn, Billkin Putthipong, Thanaerng Kanyawee Songmuang, Pearwah Nichaphat Chatchaipholrat dan ramai lagi.

Bakal berlangsung di IDEAL Convention Centre, Shah Alam, Selangor, pada 10 November 2019 pada jam 6 petang, tiket konsert dimsum Thai Pop 2019 telah mula dijual bermula RM199 sehingga RM2,000.

Untuk maklumat lanjut tentang tiket, layari laman web www.dimsum.asia atau tekan link INI.