Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pelakon Veteran Patricia Bosworth Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Asraf Aided
05/04/2020 08:15 MYT
Pelakon veteran era 50-an Patricia Bosworth, 86, dilaporkan meninggal dunia di Manhattan, Amerika Syarikat pada Khamis akibat komplikasi jangkitan COVID-19, lapor AWANI.

Mendiang terkenal dengan watak biarawati bersama Audrey Hepburn dalam filem “The Nun’s Story” pada tahun 1959.

Anak tirinya Fia Hatsav mengumumkan pemergian Patricia diakibatkan pneumonia yang berpunca daripada jangkitan COVID-19.

Patricia pernah mendapat tunjuk ajar daripada pelakon terkemuka Marilyn Monroe, Paul Newman, Steve McQueen dan Jane Fonda di era kegemilangannya.

Pada era 1950- dan 1960-an, mendiang muncul dalam beberapa teater Broadway, termasuk “Inherit the Wind,” selain siri televisyen antaranya “Naked City” dan “The Patty Duke Show”.



Patricia berhenti berlakon pada era 60-an dan mula berkecimpung dalam bidang penulisan sebagai penulis biografi serta wartawan di New York Times, New York, Mirabella dan Working Woman.

Mendiang kemudian dilantik sebagai pengarang jemputan di majalah Vanity Fair pada tahun 1994.

Sumber : Astro AWANI
#pelakon #Pelakon #COVID-19 #Patricia Bosworth