HIBURAN
Pelakon Wanita Kena Halau Di Festival Cannes, Pakai Baju Mencolok Mata
Seorang pelakon wanita berasal dari China, Zhao Yingzi dihalau daripada terus terlibat dalam Cannes International Film Festival di Perancis selepas muncul dengan busana mencolok mata pada acara karpet merah.
Yingzi memakai gaun berwarna perak dengan sebahagian dada dan perutnya terdedah. Dia kemudian dihalau daripada menyertai festival yang masuk ke 78 tahun penganjuran, lapor ET Today.
Insiden tersebut berlaku pada 13 Mei dan menerusi video yang tersebar di internet, pelakon itu diminta meninggalkan karpet merah oleh kakitangan yang bertugas pada acara tersebut.
Penganjur festival sebelum ini telah mengeluarkan garis panduan antaranya melarang tetamu yang hadir memakai pakaian terdedah atau mencolok mata.
Keputusan tersebut dibuat sebagai menghormati maruah penganjuran festival yang cukup berprestij tersebut.
Sebelumnya Yingzi sempat berkongsi mengenai dirinya di media sosial terpaksa memakai gaun perak itu selepas busana asal berwarna merah yang patut digayakan di Cannes kotor kerana tertumpah kopi.