Pelakon yang membintangi filem terkenal Harry Potter iaitu Paul Grant, 56, dilaporkan meninggal dunia.

Menurut laporan media, Paul ditemui di luar stesen keretapi bawah tanah King’s Cross di bandar London pada Khamis.

Dalam pada itu, anaknya, Sophie Jayne meluahkan rasa sedih kehilangan bapa dan menyifatkan Paul sebagai seorang disegani ramai kerana hasil kerjanya.

“Saya patah hati … tiada wanita yang sepatutnya berdepan dengan kehilangan bapa kesayangan. Beliau cukup dikenali dan disanjung kerana kerjayanya. Beliau meninggalkan kami begitu awal,” luahnya.

Grant disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3.29 pagi, Selasa, selepas pakar perubatan mengesahkan organ utamanya gagal berfungsi.

Jurucakap perkhidmatan ambulan London menjelaskan, mereka menerima panggilan pada petang Khamis selepas menerima laporan satu kejadian di stesen St. Pancras, Euston Road.

“Kru kami bergegas ke lokasi kejadian, merawat individu berkenaan dan terus membawanya ke hospital,” katanya.

Paul dikenali dengan watak Ewok dalam Return of the Jedi, mahkluk goblin dalam siri adaptasi popular Harry Potter and The Philosopher’s Stone.