Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pelancong Bertumbuk Rebut Pemandangan Terbaik Untuk Selfie Di Gunung Everest

Maliah Surip
03/07/2024 12:43 MYT
Dua pelancong China sanggup bertumbuk demi mendapatkan pemandangan terbaik Gunung Everest untuk berselfie.

Insiden tersebut berlaku pada hujung bulan lalu dan rakaman video perkelahian menjadi tular di media sosial.

BERITA TRENDING: Gunung Everest Berbau Busuk, Pendaki Wajib Tunjuk Bukti Najis Dalam Beg Khas

Mengikut kronologi, pemandu pelancong meminta rombongannya untuk bergambar di Elevation Measurement Monument yang berlatar belakang Gunung Everest.

Namun dua pelancong mula bergaduh mulut sebelum bertumbuk kerana berebut tempat terbaik untuk berdiri, lapor The Independent.

Keadaan menjadi bertambah kecoh apabila dua peloncong lain yang ikut bergaduh sementara yang lain berusaha meleraikan perkelahian tersebut.

Situasi menjadi kembali tenang selepas polis bantuan Everest tiba dan meleraikan pergaduhan.

Pada April tahun ini, China membuka semula laluan mendaki Gunung Everest daripada Tibet.

BERITA TRENDING: Gambar-Gambar Gempak Pasangan Pertama Kahwin Di Everest

BERITA TRENDING: "Perkara Pertama Saya Fikir Adalah..." - Azhan Rani Kongsi Pengalaman Mendaki Everest Base Camp

BERITA TRENDING: Pendaki Tertua Malaysia Teruskan Misi Daki Gunung Everest

#Viral #Everest #Selfie #Tumbuk #Pelancong
;