Viral
Gunung Everest Berbau Busuk, Pendaki Wajib Tunjuk Bukti Najis Dalam Beg Khas
Pihak berkuasa di Nepal mengeluarkan arahan dan undang-undang baharu terhadap para pendaki Gunung Everest.
BERITA TRENDING: "Trek Dia Biadab, Yang Dah Pergi Tahulah"- Catriona Ross Berlatih Mendaki Nak Ke Everest Base Camp?
Setiap pendaki diwajibkan membawa beg khas untuk mengisi najis lalu ditunjukkan kepada pihak berkuasa di base camp gunung itu, lapor Independent.uk.BERITA TRENDING: 'Ravi Everest' Dedah Kesilapan Terbesar Pendaki, Kongsi Lima 'Tips' Penting!
Undang-undang baharu tersebut terpaksa dilaksanakan selepas gunung tertinggi di dunia itu kini berbau busuk dengan kebanyakan pendaki membuang air besar dan meninggalkan najis mereka di merata tempat.Komuniti tempatan, Pasang Lhamu juga mengumumkan akan menjual beg khas kepada para pendaki mengisi najis mereka untuk dibawa pulang atau turun lalu ditinggalkan di base camp.
“Kami menerima terlalu banyak rungutan mengenai pendaki meninggalkan najis mereka merata-rata dan sangat berbau busuk sehingga ada yang jatuh sakit.
“Ini memburukkan imej kami dan tidak boleh diterima. Gunung kami mula berbau busuk,” ujar Pengerusi Pasang Lhamum Mingma Sherpa seperti dilaporkan BBC
Pihak berkuasa mengatakan undang-undang itu akan dilaksanakan untuk musim baharu pendakian bermula Mac hingga Mei 2024.
PILIHAN PEMBACA: "Perkara Pertama Saya Fikir Adalah..." - Azhan Rani Kongsi Pengalaman Mendaki Everest Base Camp
Must-Watch Video