Pelantikan Fan Bing Bing Sebagai Duta Pelancongan Melaka Raih Pelbagai Reaksi Netizen: “Michael Ang Kan Ada…”
Gempak
29/05/2024 23:25 MYT
29/05/2024 23:25 MYT
Nama pelakon popular dari China, Fan Bing Bing kembali meniti di bibir netizen selepas aktres yang terkenal menerusi filem X-Men: Days Of Future Past itu bakal dinamakan sebagai duta pelancongan negeri Melaka pada 25 Jun depan.
Duta
Menerusi hantaran BFM Radio di platform X baru-baru ini, pengurus kepada Fan Bing Bing dikatakan telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Melaka bagi membincangkan lawatannya ke Melaka pada 14 hingga 16 Jun depan.
ARTIKEL PILIHAN: Ini Sebab Kenapa Jabatan Perikanan Malaysia Larang Makan Kupang Di Melaka
"Saya percaya kehadiran Fan Bing Bing, yang dilantik sebagai duta TMM 2024 akan menarik lebih ramai pelancong terutama dari China dan Asia untuk melawat Melaka," katanya.
Menerusi hantaran semula yang dibuat oleh pempengaruh Ceddy, pencipta kandungan itu menyifatkan pelantikan Fan Bing Bing itu sebagai satu yang ‘pelik’.
“Alasan di sebalik pelantikannya (Bing Bing) sebagai duta dengan harapan untuk mendapatkan pelancong dari China adalah pelik kerana dia digam oleh China kerana skandal pengelakan cukai pada 2018.
“Dia melaporkan pendapatan yang lebih rendah dan mengelak sejumlah besar cukai dan dikantoikan oleh kerajaan,” katanya.
Menurut Ceddy, Fan Bing Bing pernah hilang daripada ‘radar’ ketika sedang dalam siasatan oleh kerajaan China.
“Selepas itu, dia hilang dari pandangan umum selama beberapa bulan semasa disiasat oleh pihak berkuasa China. Dia juga didenda kira-kira AS$120 juta (RM564 juta).
“Di China, ia dipanggil "封杀", pada asasnya dia berada dalam senarai block sebelum ia popular di sini.
“Adakah dia masih mempunyai kuasa bintang di sini? Saya fikir begitu kerana ramai orang menyanjungnya kerana dia cantik dan dia juga dalam pertunjukan yang sangat besar ketika itu.
Sebelum ini, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Fan Bing Bing.
Dalam satu hantaran di Facebook rasmi, baginda menyatakan artis wanita yang menjadi ikutan ramai di peringkat global, menghadap Sultan Ibrahim sebagai sebahagian daripada programnya sempena Festival Filem Antarabangsa Singapura ke-34.
Sumber: Platform X
Foto: Facebook Ab Rauf Yusoh
Menerusi hantaran semula yang dibuat oleh pempengaruh Ceddy, pencipta kandungan itu menyifatkan pelantikan Fan Bing Bing itu sebagai satu yang ‘pelik’.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Alasan di sebalik pelantikannya (Bing Bing) sebagai duta dengan harapan untuk mendapatkan pelancong dari China adalah pelik kerana dia digam oleh China kerana skandal pengelakan cukai pada 2018.
“Dia melaporkan pendapatan yang lebih rendah dan mengelak sejumlah besar cukai dan dikantoikan oleh kerajaan,” katanya.
Menurut Ceddy, Fan Bing Bing pernah hilang daripada ‘radar’ ketika sedang dalam siasatan oleh kerajaan China.
“Selepas itu, dia hilang dari pandangan umum selama beberapa bulan semasa disiasat oleh pihak berkuasa China. Dia juga didenda kira-kira AS$120 juta (RM564 juta).
“Di China, ia dipanggil "封杀", pada asasnya dia berada dalam senarai block sebelum ia popular di sini.
“Adakah dia masih mempunyai kuasa bintang di sini? Saya fikir begitu kerana ramai orang menyanjungnya kerana dia cantik dan dia juga dalam pertunjukan yang sangat besar ketika itu.
“Mungkin orang tempatan akan cakap: ‘Omg tempat ni Fan Bing Bing pergi makan sebelum ni!’ Tetapi tidak pasti bagaimana perasaan pelancong dari China tentang perkara ini,” tulisnya.
Reaksi
Dalam pada itu, menerusi balasan netizen, ramai yang bersetuju dengan kenyataan Ceddy. Tidak kurang, ada yang mencadangkan supaya figura berbangsa Cina tempatan dipilih untuk menjadi duta.Sebelum ini, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Fan Bing Bing.