Pelari Digantung 12 Bulan Penyertaan Sebab Tipu Maraton Naik Kereta
Maliah Surip
16/11/2023 13:45 MYT
16/11/2023 13:45 MYT
Seorang pelari ultramaraton, Joasia Zakrzewki, 47, telah digantung selama setahun daripada menyertai sebarang pertandingan maraton oleh persatuan UK Athletics.
Zakrzewski didapati telah menaiki kereta sejauh 2.5 km sebelum menyambung larian dan menamatkan pertandingan tersebut lapor BBC.
Selepas helah kemenangannya terbongkar, Zakrzewski tetap tidak memulangkan trofi yang dimenangi.
“Walaupun dia mengalami masalah kesihatan sewaktu pertandingan, ia tidak boleh berlaku (naik kereta) dan mempunyai masa seminggu selepas pertandingan untuk memulangkan trofinya. Tapi dia tidak berbuat demikian,” kata kenyataan yang dikeluarkan.
Wanita tersebut diketahui memang aktif mengikuti pelbagai acara maraton.
BERITA TRENDING: Pelari Somalia Yang Dilabel Atlet Paling Perlahan Dalam Sejarah Jawab Kritikan
Hukuman dijatuhkan selepas wanita tersebut didapati menipu untuk menang tempat ketiga menerusi menyertaannya dalam 2023 GB Ultras Manchester ke Liverpool 50 kilometer pada 7 April lalu.Zakrzewski didapati telah menaiki kereta sejauh 2.5 km sebelum menyambung larian dan menamatkan pertandingan tersebut lapor BBC.