Laman Utama

Pelari Somalia Yang Dilabel Atlet Paling Perlahan Dalam Sejarah Jawab Kritikan

gempak
Maliah Surip
04/08/2023
15:50 MYT
Sponsor Banner
Pelari Somalia Yang Dilabel Atlet Paling Perlahan Dalam Sejarah Jawab Kritikan
Selepas menjadi viral dan perhatian dunia kerana aksi larian seperti jogging dalam sebuah temasya sukan di China baru-baru ini, tuan punya badan akhirnya bersuara.
Nasra Abubakar Ali menjawab kritikan yang mendakwa dirinya bukan seorang atlet selepas penampilan ‘lari-lari anak’ dalam World University Game dengan menegaskan dirinya mengalami kecederaan sewaktu pertandingan berlangsung.
Disebabkan hal itu, dia dilihat berlari dengan sangat perlahan dan hanya menamatkan larian 100 meter pada 21 saat, hampir sekali ganda masa yang diambil pemenang tempat pertama iaitu Gabriela Silva Mourao yang menamatkan pertandingan pada 11.58 saat.
Masa hampir 22 saat yang diambil wanita Somalia tersebut disifatkan sebagai paling perlahan dalam sejarah temasya sukan antarabangsa besar seperti itu.
“Somalia tidak sepatutnya mempunyai wakil dalam pertandingan larian tapi saya berlari dalam keadaan kaki cedera. Tapi saya telah dikritik,” kata Nasra seperti dilaporkan citizen.digital.
Terdahulu, menerusi video yang tersebar di internet, Nasra dilihat kebingungan selepas ‘tembakan’ mula dilepaskan sebelum dilihat berlari dengan sangat perlahan.
Dia bukan sahaja tertinggal jauh dengan peserta lain namun dilihat seperti sangat santai dan tidak berusaha untuk mempertingkatkan lariannya sehingga tamat.
Aksi itu kemudian memicu kecaman dan ada dakwaan yang mengatakan Narsa mempunyai kaitan dengan Naib Presiden Atlet Somalia sekaligus terdapat amalan nepotisme dalam penyertaannya.
BACA: Azeem Fahmi Sah Melakukan ‘False Start’, Netizen Tetap Beri Sokongan - “Tak Per Dik, Bangga Kau Dah Sampai Sana”​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live