Pelawak biadab, Jocelyn Chia terus menimbulkan rasa jelik dalam kalangan rakyat Malaysia apabila mula ‘bersuara’ mengenai kontoversi yang ditimbulkan kumpulan The 1975.

Menerusi ciapan di Twitter, pelawak yang kini menetap di Amerika Syarikat tersebut dilihat mengalu-alukan The 1975 sebagai ‘mangsa’ Malaysia.

“Welcome Matty Healy to the gang of cool kids "canceled" by Malaysia lol (Selamat datang Matty Healy ke dalam kumpulan ‘cool kids’ yang telah dibatalkan oleh Malaysia),” ciapnya.

Bersama ciapan tersebut perempuan itu juga mempersoalkan adakah vokalis kumpulan tersebut turut diburu dan ditahan Interpol seperti mana dirinya dahulu.

“Tapi sekejap. Di mana semua arahan menahan dan menggunakan Interpol untuk mengesannya selepas melakukan kesalahan di Malaysia? Adakah Malaysia berlembut dengannya?”tulis Jocelyn dalam bahasa Inggeris.



Jocelyn pada Jun lalu menjadi pemberitaan media massa selepas video dirinya mengadakan persembahan stand up comedy memperlekeh dan menghina Malaysia. Dia juga turut menggunakan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai modal jenaka sehingga menimbulkan kemarahan warganet.

BACA: Buat Lawak Tentang Tragedi MH370, Pelawak Singapura Dikritik Netizen Malaysia - “Stand Up Comedians Yang Bagus Tidak…”

BACA: Isteri Pramugara MH370 Selar Lawak 'Bodoh' Jocelyn Chia! - "Tak Berhati Perut, Teruk, Tasteless!"

BACA: PDRM Minta Bantuan Interpol Jejaki Jocelyn Chia

BACA: Penyanyi Lelaki Cium Gitaris Lelaki Di Festival Muzik, Band Dari UK Angkat Kaki, Dakwa Digam Di Malaysia?