Isteri kepada salah seorang kru pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014, Intan Maizura Othaman menyelar tindakan celupar pelawak Singapura, Jocelyn Chia yang mempersenda tragedi terbabit.
Tegas Intan menerusi hantaran video di media sosialnya, jenaka seumpama itu tidak lucu ketika mana ramai lagi waris yang berdukacita atas kehilangan keluarga masing-masing.
"Ia masih tak kelakar, tak kisahlah betapa jahatnya kamu tapi jangan sebut fasal MH370 atau buat lawak terhadap tragedi tersebut.
"Anak lelaki saya, Muhammad, dia masih lagi menangis sampai sekarang mengenangkan kehilangan ayahnya, manakala kamu ada keberanian untuk buat jenaka terhadap MH370.
"Dan adakah kamu tahu berapa ramai ibu-ibu yang masih merintih menangis sampai ke hari ini, kamu tak tahukan? Sebab kamu tak ada empati, tak ada hati. Atau mungkin kamu tak ada keluarga pun. Kalau ada pun, mereka pasti malu dengan lawak bodoh kamu," ujarnya.
Tambah Intan lagi, lawak sedemikian tidak sepatutnya dibuat di hadapan khalayak ramai demi meraih perhatian.
"Saya percaya kamu tak patut pun buat lawak bodoh ini untuk mendapatkan perhatian orang.
"Boleh tak berhenti buat lawak sebegini untuk meraih perhatian orang ramai? Ia teruk, tasteless dan jadilah wanita yang lebih baik," katanya.
Untuk rekod, Intan kehilangan suami, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan yang bertugas sebagai salah seorang pramugara dalam tragedi sembilan tahun lalu itu.
Ketika itu, Intan sedang hamilkan anak kedua mereka, Muhammad.
Sejak semalam, warganet tampil menyelar tindakan Jocelyn Chia selepas tular video dalam program Comedy Cellar USA.
Dalam video terbabit, Jocelyn menjadikan MH370 sebagai salah satu kandungan lawaknya selain menggunakan bahasa kasar.
Jocelyn pada awalnya membuat perbandingan antara Singapura dengan Malaysia, selepas republik itu meraih kemerdekaan pada 1965.
BACA: Buat Lawak Tragedi MH370, Pelawak Singapura Dikritik Netizen! - "Stand Up Comedians Yang Bagus Tidak..."
BACA: Isu Pelawak Singapura Jadikan Tragedi MH370 Sebagai Bahan Gelak, Farhan Shah Minta Maaf - “Dia Telah Melampaui Batas…”
Amri Hassan
Thu Jun 08 2023


GV10: “Semoga Terus Cemerlang, All The Best Adikku” - Bahang Kian Terasa! Anuar Dan Ziana Zain Pun Dah Wish Noryn Aziz
Wah Ziana dan Anuar Zain pun beri sokongan tau.

"Anak Bekas Menteri Terima Biasiswa Di Bawah Asnaf Fisabilillah" - MAIWP
Pemberian biasiswa kepada anak bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berasaskan takrifan asnaf fisabilillah.

"Enjoying Last Day Lepak-Lepak, Nak Pergi Massagelah" - Aishah Sebelum All Stars Gegar Vaganza Mula!
Good luck Datuk Aishah!

“Bahagia, Rasa Tenang” - Afdlin Shauki Sahkan Sudah Berkahwin
Alhamdulillah.

“Panik! Dekat Sejam Rungkai Tak Berjaya” - Rambut Anak Melekat Teruk Di Sikat, Ibu Tebal Muka Jumpa Abang Bomba
Nasib baik ada abang Bomba.

Tan Sri Musa Hassan Kini Suami Qistina Lim, Netizen Ucap - “Tahniah Datuk Jalaluddin Hassan Dapat Kakak Ipar"
Tahniah Tan Sri Musa Hassan.

Hati-Hati Peraga Barang Kemas RM150,000, Puteri Sarah Pernah Menangis Gelang Lipan Sumayyah Hilang!
Puteri Sarah dan Sumayyah baru-baru ini menjadi muse jenama barang kemas Trishya & Co.

GV10: “Berdebar Juga Jantung Ni” - Sesi Soundcheck Buat Jaclyn Victor Nervous Jumpa Tok Ram!
Jac pun rasa nervous dengan Tok Ram tau.

"Wallahi, Saya Tak Tengok Content Sajat" - Atiq Azman Nafi Tiru Live Masak-Masak Sajat
Pelakon Atiq Azman menafikan dakwaan segelintir warganet bahawa dia meniru konten memasak live sepertimana usahawan viral Nur Sajat.

GV10: “Sedih Sebab Ayah Tak Dapat Tengok…” - Siti Nordiana Balik Sendayan, Mohon Restu Ibu
Nana cari kekuatan, mohon restu ibu.