Berita
Pelawak Miliki Dadah Dalam Rumah Direman
Teka teki siapa selebriti lelaki tempatan yang ditahan polis kerana disyaki memiliki ganja di sebuah rumah di Cyberjaya petang semalam terjawab hari ini.
Memetik laporan Kosmo, pihak polis pagi ini mengesahkan Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, adalah selebriti tempatan yang ditahan itu.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, selebriti itu akan di bawa ke Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting pagi ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Malam tadi, polis mengesahkan telah menahan seorang selebriti lelaki kira-kira pukul 3.10 petang semalam kerana disyaki memiliki dedaun kering disyaki ganja seberat 60.3 gram.
ARTIKEL BERKAITAN:Zahnita Wilson Jalani Ujian Air Kencing - Polis
ARTIKEL BERKAITAN: Selebriti Lelaki Ditahan Bersama Ganja Di Cyberjaya
ARTIKEL BERKAITAN:Wajah Penyanyi, Identiti 5 Rakyat Malaysia Miliki 6,000 Pil Kuda Didedahkan Media Thailand
ARTIKEL BERKAITAN:Penyanyi ‘Sohor’ Kelantan, 5 individu Positif Dadah
Sumber: Kosmo