Peluang Cerah Sutera, Hasrat & Astana Dijulang Di AJL38, Ini Sebabnya!
Gempak
03/03/2024 04:55 MYT
03/03/2024 04:55 MYT
Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38 membuka tirai malam ini.
Sebanyak 12 lagu yang akan bertanding bagi merebut gelaran juara AJL38 tahun ini.
12 lagu yang dimaksudkan adalah Sutera (Aisha Retno), Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Santai (Naqiu), Inilah Jalannya (Masdo), Astana (Ernie Zakri), Darah (Marsha Milan) dan Kalam (Shiha Zikir).
Lima buah lagu lagi ialah Hasrat (Amir Jahari), Ku Cuma (Wany Hasrita & Afieq Syazwan), Bintang (Hael Husaini), Waktu (Ziana Zain & Hasif Upin) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali).
Menerusi tinjauan di media sosial, netizen sudah mula meramalkan juara AJL38 pilihan mereka.
Antara tiga lagu yang disebut-sebut sebagai bakal juara adalah Sutera, Hasrat dan Astana.
Seperti yang semua tahu, setiap nama yang diumumkan sebagai pemenang akan mendatangkan pelbagai reaksi umum.
Selain sembilan lagu yang bertanding, tiga nama disebut sebagai bakal juara AJL38 ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Untuk Sutera, lagu ini mempunyai elemen muzikaliti yang unik dan sangat berbeza daripada segi susunan muzik yang ada di Malaysia.
Berkemungkinan, Sutera mempunyai peluang yang cukup besar sekiranya lagu itu berjaya disampaikan dengan baik pada malam nanti.
Bagi Hasrat pula, lagu ini dilihat mempunyai kekuatan tersendiri dari segi susunan muzik dan lirik yang indah.
Malah Amir juga mengakui lagu ini sememangnya amat bermakna buat dirinya selain menjadi OST filem Imaginur.
Bait lirik Hasrat juga membuatkan hati rindu kepada orang-orang yang tersayang maka tidak hairanlah ia menjadi lagu trending galau sepanjang tahun 2023 selepas dikeluarkan.
Manakala untuk Astana yang juga merupakan kesinambungan lagu Ku Bersuara tidak kurang hebatnya.
Astana mempertaruhkan genre R&B dan soul ini bagaimanapun turut diselitkan dengan pelbagai elemen istimewa.
Pilihan Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu band Kugiran Masdo juga tidak boleh dipandang mudah kerana sebelum ini mereka pernah tampil dengan lagu fenomena berjudul Dinda pada AJL 34 lalu.
Mempertaruhkan judul Inilah Jalannya ciptaan Noh Salleh, komposisi lagu dan susunan muziknya juga mencuri perhatian ramai.
Sebagi bukti, lagu tersebut juga mendapat hampir 7.6 juta tontonan di YouTube.
Sementara itu, pelakon dan pengacara, Neelofa juga turut memilih dua nama yang sama iaitu Hasrat dan Astana.
“Ramalan #AJL38 saya, kemungkinan pemenangnya adalah Hasrat (bias saya kerana saya suka dan menonton filem itu) dan Astana,” tulisnya di platform X.
AJL38 akan bersiaran langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil jam 9 malam ini.
Terdahulu, Neelofa sebelum ini meraih perhatian apabila sering memberi ramalan untuk acara berprestij seperti ini.
Malah ada diantara ramalannya itu mengena sebagai contoh tahun lalu Neelofa meramalkan Aina Abdul dan Alif & The Locos mendapat tempat di AJL37.
Lagu Terus Hidup (Aina Abdul) kemudiaannya dinobatkan sebagai juara AJL37 manakala Anugerah Terindah (Alif & The Locos) meraih tempat ketiga.

BERITA TRENDING: Neelofa Ramal Hasrat Amir Jahari, Astana Ernie Zakri Bakal Juara AJL38
BERITA TRENDING: Siti Nurhaliza Ramal 4 Nama Penyanyi Ini Ungguli AJL38