Viral

Dari Tragedi Ke Kejayaan: Kisah 5 Individu Bangkit Berjuang

Maliah Surip
16/07/2024
08:53 MYT
Peluang kedua akan selalu hadir dalam kehidupan seseorang. Namun adakah seseorang yang pernah ‘jatuh’, berdepan tragedi dan melalui episod hitam dalam kehidupan mahu memanfaatkan peluang kedua yang datang untuk kembali bangkit.
Itulah iltizam yang diperlukan untuk bangkit dan kembali menjalani kehidupan dengan lebih baik terutama buat mereka yang bergelar orang kelainan upaya (OKU) dalam sekelip mata.
Dan iltizam serta semangat itulah yang dipegang oleh beberapa individu di bawah ini sekaligus menjadi inspirasi buat ramai orang untuk tidak mudah menyerah meski hidup sedang tidak baik-baik sahaja.

BERITA TRENDING: Cipta Kerusi Khas Demi Anak Istimewa Tercinta, Siapa Sangka Inovasi Kemudahan OKU Jadi Sandaran Rezeki Buat Famili Qhalish

BERITA TRENDING: Jadi Sensasi di Media Sosial, MC Baba Rapper Pekak & Bisu Pertama Di Dunia?

BERITA TRENDING: Tetap Solat Walaupun Tak Miliki Fizikal Sempurna, Lelaki Ini Buat Ramai Netizen Tersentuh - “Sangat Luar Biasa…”

BERITA TRENDING: Power! Penyanyi Buta Indonesia, Putri Ariani Masuk Final America's Got Talent

Berpegang kepada prinsip di mana ada kemahuan di situ ada jalan, berikut antara individu yang berjaya menukar detik hitam menjadi ‘emas’.

Lee Thiam Wah Si Pengasas 99 Speedmart

Kisah pengasas rangkaian pasar raya 99 Speedmart, iaitu Lee Thiam Wah adalah salah satu kisah seorang OKU yang paling banyak memberi inspirasi sejak dia berkongsi mengenai kepayahannya dahulu.
Lahir pada tahun 1964, Lee Thiam Wah merupakan bayi yang sihat sehingga pada usia 8 bulan, beliau kehilangan upaya untuk menggunakan kaki akibat daripada penyakit polio.
Sejak itu segalanya berubah buat anak dengan 11 beradik ini. Kekangan hidup membuat dia hanya mampu bersekolah sehingga darjah 6.
Namun lihatlah bagaimana Wah akhirnya berjaya mencipta peluang kedua yang bersinar bak emas atas usaha dan keyakinannya mampu berjaya biar tidak sempurna.
Hasilnya dia yang bermula dengan menjual makanan ringan di tepi jalan berjaya mengumpul modal sebanyak RM5,000 untuk membuka perniagaan runcitnya sendiri.
Selepas memahami dunia perniagaan, dia yang memiliki perniagaan runcit sendiri hanya sewaktu 23 tahun akhirnya memiliki pasar mini yang kini dikenali sebagai 99 Speedmart.
Berkat kegigihannya, 99 Speedmart yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan juga imigran sebagai pelanggan utama kini berkembang dengan pesat apabila terdapat lebih 1,000 outlet di seluruh negara.

Profesor Datuk Dr Ismail Md Saleh Terang Mata Hati

Profesor Datuk Dr Ismail Md Saleh adalah bukti kepada kejayaan seorang OKU yang harus dijadikan teladan.
Hilang penglihatan sewaktu berusia 13 tahun langsung tidak membunuh semangat dan iltizam Ismail yang dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan untuk terus menimba ilmu.
Beliau gigih menimba ilmu dan tidak pernah menjadikan kekurangan termasuk sewaktu mendapat pendidikan Sekolah Princess Elizabeth di Johor Bahru kerana tidak ada peralatan membaca braille serta perlu mendengar 100% (memberi tumpuan) sepenuhnya apa yang diajar oleh guru.
Dan sejarah pengajian Ismail cukup panjang. Dengan kekurangan melihat, beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke State University of New York, Amerika Syarikat di dalam jurusan bidang sains politik dan ekonomi.
Kemudiannya pada tahun 1973, beliau telah melanjutkan pelajarannya di peringkat sarjana di University of Illinois di dalam bidang pembiayaan awam, lapor majalah Libur.
Malah beliau dinobatkan oleh Guinness Book of World Record sebagai OKU pertama dalam kategori kekurangan penglihatan yang pertama di Malaysia mendapat Ijazah Doktor Falsafah.

Ong Boo Siong Dianugerahi Pingat Unsung Hero 2019

Dilahirkan tanpa tangan kanan yang sempurna bersama dua jari tidak menjadikan Ong Boo Siong meratapi kehidupannya.
Seballiknya lelaki yang pernah menerima anugerah Ten Outstanding Young Malaysian Award in 2013 dan MyHero2.0 Award in 2016 punya kisah dan perjuangan yang sangat menarik.
New Malaysia Herald melaporkan Boo Siong memiliki banyak kemahiran berkat semangatnya yang tidak pernah padam.
Pernah memiliki karier sebagai IT, Boo Siong berjaya menjadi salah seorang pemuzik dengan keadaan sebagai seorang OKU.
Kepayahan belajar bermain gitar sewaktu sekolah menengah membuahkan hasil apabila dia kini berjaya menggunakan kemahirannya itu dalam sesi motivasi yang menjadi kepakarannya kini.
Sejak 2009, dia telah menjalankan lebih 3,000 kelas motivasi di seluruh negara yang menyentuh tentang pelbagai topik agar tidak pernah berputus asa dan menggunakan peluang yang datang dengan sebaiknya.
Dianugerahi dengan pingat Unsung Hero pada 2019, Boo Siong terus mengembangkan bakat dan kemahirannya yang versatil — dari pemain gitar, pakar motivasi dan kini menjalankan projek buku puisi yang diterbitkan buat pembaca dengan masalah disleksia.

Sureshwaran Raju Mahu Francais

Lelaki berbangsa India ini mengaku tidak mudah buat dirinya menerima hakikat telah menjadi orang kurang upaya (OKU) dalam sekelip mata.
Semuanya berubah pada 2017 apabila Sureshwaran Raju terbabit kemalangan yang membuat tangan kirinya terpaksa dipotong sehingga paras lengan.
Namun kehidupan perlu diteruskan. Sureshwaran sedar dia perlu melakukan sesuatu dan merubah kehidupannya.
Lantas berbekalkan kepakaran memasak, Sureshwaran yang sebelum kemalangan merupakan seorang chef kembali bangkit.
Dia mengusahakan Roadhouse BBQ yang terletak berdekatan Mango Tree Cafe di Petaling Jaya, Selangor yang pantas mendapat perhatian.
Dengan skil kulinari dan iltizam, air tangan Sureshwaran menyediakan menu Barat seperti Barbecue Chicken Chop, Lamb Chops dan Chicken Tikka, peminat akan sentiasa berderet panjang di gerai Roadhouse BBQ.
“Saya tidak mahu menipu sebab memang sukar menerima kenyataan (jadi OKU). Saya mengambil masa yang lama untuk kembali mendapat keyakinan.
“Saya terpaksa memahirkan diri dengan hanya menggunakan satu tangan iaitu tangan kanan dalam semua urusan sedangkan selama ini banyak menggunakan tangan kiri termasuk memasak,” katanya dalam temu bual bersama FMT tidak lama dahulu.
Dalam temubual sama, dia berhasrat mengembangkan bisnes dengan membuka francais Roadhouse BBQ di seluruh Lembah Klang.

Dr Aisyah Asmadi ‘Bunuh’ Kanser Sebagai Atlet

Dr Aisyah Asmadi, 39, dilahirkan sempurna sifat namun ujian yang hadir kepadanya membuatkan dia perlu bangkit menggunakan peluang kedua.
Di sebalik penampilannya yang cukup aktif dan telah merangkul pelbagai kejuaran bina badan dalam serta luar negara, Aisyah sebenarnya merupakan seorang pemandiri kanser payudara sejak 10 tahun lalu, lapor Harian Metro.
Beliau pertama kali didiagnos dengan kanser payudara sewaktu masih menuntut di dalam bidang perubatan di International Medical University (IMU) pada tahun 2006.
Bukan sekali tetapi Aisyah disahkan menghidap kanser sebanyak dua kali iaitu 2006 dan 2011.
"Menjadi pesakit kanser bukan sesuatu perkara yang mudah. Saya bukan sahaja perlu merasa kesakitan akibat penyakit itu, malah kesakitan proses rawatannya tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.
"Malah, kesihatan mental turut terjejas. Saya merasakan segala-galanya amat sakit. Namun, saya tidak terus tenggelam dengan situasi itu dan cuba bangkit dengan melakukan aktiviti kecergasan," katanya.
Katanya, episod dia menjadi seorang atlet bina badan adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka kerana pada mulanya dia hanya ke gimnasium untuk mengembalikan stamina selepas melalui pelbagai episod sukar sebagai seorang penghidap kanser.
"Ketika di gimnasium, bakat saya mula dihidu oleh jurulatih saya iaitu Zack Ermi Zulkifli yang melihat saya mempunyai potensi di dalam sukan bina badan.
"Pada 2015 saya menyertai kejohanan bina badan pertama, Women Physique and Fitness Men of Steel. Saya mendapat tempat ketiga!," katanya.
Sejak itu, Dr Aisyah tidak lagi memandang belakang di dalam sukan berkenaan dan menyertai pelbagai kejohanan bina badan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Sut Keluang Man Kolaborasi Dengan Jenama Minuman Terkemuka! Baru Keluar Teaser Tapi Dah Ramai Tak Sabar Nak Tengok

gempak
21/08/2024
02:26 MYT
Filem superhero ikonik Malaysia, Keluang Man menjadi antara karya yang paling dinantikan di negara ini.
Filem

Aura Hebat Eman Manan, Filem Takluk: Lahad Datu Beri Impak Kepada Penonton - “Ada Masa Kau Akan Rasa Macam Dekat Situ Sekali”

gempak
20/08/2024
13:55 MYT
Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Izzat Haikal berkongsi ulasannya mengenai filem Takluk: Lahad Datu selepas menonton tayangan awal baru-baru ini.
Viral

Sayu Hati Lihat Pasangan Warga Emas Lepas Lelah Penat - "Seolah Sedang Kelaparan, Duduk Menanti Ihsan

gempak
19/08/2024
11:55 MYT
Raut wajah lesu sepasang suami isteri warga emas yang keletihan singgah berhenti rehat di kaki lima menyentuh hati warganet.
Filem

Baru Tengok Trailer Dah Pecah Perut, Netizen Rindu Gabungan JoZan - “Confirm Riuh Satu Panggung”

gempak
19/08/2024
05:25 MYT
Setelah dua tahun, gabungan ‘JoZan’ iaitu pelawak dan pengacara Zizan Razak dan Johan bakal kembali ke layar perak menerusi filem ‘Baik Punya Ah Long’.
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Blink Twice

gempak
17/08/2024
17:06 MYT
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!