Hiburan
"Peluang Pekerjaan Lebih Baik..." - Neelofa Berpuas Hati Dengan Belanjawan 2020
Hos, pelakon dan usahawan popular, Neelofa gembira dengan Belanjawan 2020 yang dibentang oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada Jumaat.
Perkara itu dikongsi Neelofa menerusi sebuah kemas kini di laman Twitter miliknya.
Menurut Neelofa, Belanjawan 2020 adalah tentang perubahan dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada generasi muda dan golongan wanita.
"#Belanjawan2020 adalah tentang perubahan dan saya rasa bersemangat, #MalaysiaKerja akan membuka peluang yang lebih baik dari segi peluang pekerjaan untuk golongan wanita dan generasi muda, sementara itu, ia juga boleh mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pekerja asing," tulisnya.
Lim Guan Eng juga membentangkan tentang pinjaman perniagaan. Selain itu, wanita berusia 30 hingga 50 tahun juga berpeluang untuk menerima manfaat dari 33,000 peluang pekerjaan yang akan diwujudkan.#Belanjawan2020 is all about change and I'm feeling very enthusiastic and hopeful with #MalaysiaKerja as it will allow various initiatives and create better job opportunities for the youth and women while reducing dependence on foreign workers.— Neelofa (@Neelofa) October 11, 2019
Bertemakan Kemakmuran Bersama : Menjana Pertumbuhan Inklusif yang Berkualiti ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi, Peruntukan Bajet 2020 secara keseluruhan adalah sebanyak RM297 Bilion.
Must-Watch Video