Hiburan

Peluang Penggiat Seni Ke Hollywood Menerusi Program Worldstar: Road To Hollywood

Ahmad Shah
22/02/2016
16:41 MYT
Penggiat seni Malaysia di pelawa ke Hollywood menerusi sesi ujibakat program Worldstar: Road To Hollywood yang bakal berlangsung pada Mac hingga April depan.
Tujuan ujibakat diadakan adalah untuk mencari wakil Malaysia ke pertandingan World Championship of Performing Arts (WCOPA) ke-20 yang akan berlangsung di Long Beach Performing Arts Centre pada 8 hingga 17 Julai ini.
Penasihat program Datuk Aziz Singah berkata, program ini mencari individu yang berbakat dalam lima bidang seni iaitu vokal, tarian, muzik, peragaan dan lakonan.
"Penyertaan ujibakat terbuka kepada semua warganegara dan permastautin tetap berumur 13 hingga 29 tahun.
"Kategori yang akan dipertandingkan iaitu, Vokal, Tarian, Peragaan, Lakonan dan Muzik. Peserta boleh bertanding solo atau berkumpulan tetapi tidak melebihi 6 peserta," ujarnya.
Sesi ujibakat akan bermula pada 5 & 6 Mac di Amanjaya Mall, Sungai Petani Kedah, 12 & 13 Mac di Johor Bahru, Johor, dan 19 & 20 Mac di Kota Kinabalu Sabah.
Manakala, 26 & 27 Mac di Kuala Lumpur dan 2 & 3 April di Plaza Merdeka, Kuching, Sarawak.
Sementara itu, peringkat akhir akan diadakan pada 9 April depan di Kuala Lumpur.
Setiap penyertaan dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM90 seorang.
"Setiap peserta perlu membawa minus one lagu masing-masing dan peralatan muzik sendiri bagi kategori muzik.
"Disyorkan juga peserta membawa lebih daripada satu lagu dan membuat persedian rapi untuk memaksimakan peluang ini," ujarnya.
Segala perbelanjaan persedian dan penyertaan adalah diatas tanggungan peserta sendiri.
Program ini turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara sejak tahun 2008.
Antara anak seni yang pernah melakar kejayaan di WCOPA ialah Syafinaz Selamat, Dina Nadzir, Deja Moss, Siti Sarah Raisuddin, Bob AF, Noryn Aziz, Toi, Asmidar Ahmad, Putri Mardiana, Raja Farah, Khir Rahman, One Forteen dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Tak Pasal-Pasal Dari Semalam…”- Shahrulezad Berang Tular Berita Palsu Keadaan Nad Zainal

gempak
03/12/2022
23:37 MYT
Shahrulezad Berang Tular Berita Palsu Keadaan Nad Zainal
Laman Utama

Waktu Bekerja Dari 48 Jam Kepada 45 Jam Berkuat Kuasa 1 September

gempak
11/08/2022
14:30 MYT
Anda bersetuju waktu kerja dikurangkan?
Laman Utama

Beberapa Kawasan Di Empat Negeri Tiba-Tiba Blackout! TNB; "Pasukan Kami Sedang Kenalpasti Punca"

gempak
27/07/2022
07:00 MYT
Bekalan elektrik terganggu secara tiba-tiba
Berita

188 Laporan Polis Terhadap DBI Properties, Boy Iman Ditahan

gempak
03/10/2017
05:38 MYT
Hiburan

Saya Sayang Sangat Pada Tok - Catatan Menyentuh Hati Cucuanda Almarhum Sultan Kedah

gempak
11/09/2017
12:21 MYT