Kelab bola sepak Jerman, Mainz 05 melakukan aksi ‘zalim’ apabila menamatkan kontrak salah seorang pemain mereka, Anwar El Ghazi hanya kerana memberi sokongan terhadap Palestin.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan pengurusan bola sepak tersebut, El Ghazi dipecat selepas dia membuat perkongsian dan memberi komen terhadap konflik perang antara Israel-Palestin, lapor Al Jazeera.

El Ghazi, 28, sebelum ini digantung daripada beraksi selepas memadam hantaran yang dikongsi di laman media sosialnya. Dia kemudian mendapat kebenaran turun berlatih namun akhirnya ditamatkan kontrak.

Bekas pemain Aston Villa itu sebelum ini dipercayai berkongsi hantaran berbunyi: “Menyokong kebenaran meski terpaksa berdiri sendirian.

“Tidak ada kehilangan yang boleh dibandingkan dengan kehancuran di Gaza.”

Setelah dipecat, El Ghazi tetap dengan pendiriannya menyokong Palestin selain menegaskan tetap memperjuangkan hak kemanusiaan yang ditindas.

BERITA TRENDING: Kongsi Gambar Anak Persis Mangsa Perang Palestin, Kim Kardashian Teruk Dikecam Warganet