Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pemain Bola Sepak Bawa Kerambit Masuk Padang, Kekasih Ditahan

Gempak
09/08/2024 16:55 MYT
Seorang pemain bola sepak amatur yang mengacukan senjata tajam dipercayai kerambit dalam insiden pergaduhan semasa perlawanan bola sepak baru-baru ini ditahan polis pada Khamis.

Ditahan bersama teman wanita

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, lelaki warganegara tempatan berusia 22 tahun itu dan teman wanita warga asing berumur 21 tahun ditahan di sebuah rumah di Klang, Selangor pada jam 6.30 petang.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku telah mengeluarkan senjata tajam iaitu kerambit bagi mempertahankan diri ketika kejadian tersebut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

BERITA TRENDING: Bukan Kerambit Tapi Gunting, Polis Sedang Kesan Pemain Bola Samseng

BERITA TRENDING:Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

BERITA TRENDING: Wanita Pilu Lihat Kucingnya ‘Terseksa’ Ditembak Pengawal Keselamatan - “Kan Boleh Halau Pakai Air…”

BERITA TRENDING: Duduk Dalam Keadaan Pelik, Aksi Lucu Kucing Ini Buat Netizen Tak Kering Gusi - “Dia Tengah Buat Pilates Tu”

Mohamad Lazim berkata, suspek lelaki ditahan reman selama empat hari bermula Jumaat sehingga Isnin bagi membantu siasatan.

"Teman wanita suspek telah ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigeresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang pemain bola sepak disyaki membawa senjata tajam iaitu kerambit dalam satu kes pergaduhan yang berlaku di padang KLFA, Desa Melati di sini pada Ahad lalu.

Sumber: SInar Harian

#Kekasih #Ditahan #Bola #Sepak #Kerambit #Pemain