Viral
Wanita Pilu Lihat Kucingnya ‘Terseksa’ Ditembak Pengawal Keselamatan - “Kan Boleh Halau Pakai Air…”
Seorang wanita dari Indonesia meluahkan perasaan sedih dan kecewa selepas kucingnya didakwa ditembak oleh seorang pengawal keselamatan sebuah bangunan baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di platform X, wanita tersebut memberitahu yang kucingnya itu dikatakan masuk ke sebuah kediaman yang dijaga pengawal terbabit dan naik ke sangkar burung merpati milik tuan rumah.
Menurut wanita berkenaan, terdapat banyak sangkar burung merpati di kediaman tersebut, memandangkan burung-burung itu dipeliharan untuk mengikuti pertandingan.
Ditembak pengawal keselamatan
Pengawal itu menuduh kucingnya yang bernama Leopard sering naik ke atas sangkar sehingga sangkar berkenaan berlubang. Susulan daripada itu, dikatakan tikut menerusi lubang itu dan makan salah seekor burung merpati di yang dipelihara.
“Ayah saya sudah cakap itu bukan kucing saya. Sebab ekor kucing saya panjang, bukan pendek. Dipendekkan cerita pagi tadi (semalam) kucing saya ditembak.
“Sakit hati sangat… kucing sampai tidak boleh bernafas dan tempang. Kenapa perlu ditembak? Kalau kucing mengganggu kan boleh halau sahaja pakai air atau apa... lagipun kucing saya tidak keluar setiap hari," tulisnya.
Tambah wanita itu, pemilik burung-burung itu merupakan rakan kepada bapanya. Katanya, tiada arahan untuk tembak terhadap kucing yang diberikan kepada pengawal berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Duduk Dalam Keadaan Pelik, Aksi Lucu Kucing Ini Buat Netizen Tak Kering Gusi - “Dia Tengah Buat Pilates Tu”
ARTIKEL BERKAITAN: Ambil Wuduk Dengan Air Sisa Minuman Kucing, Ini Hukumnya Dalam Islam Menurut Ustaz Azhar Idrus
ARTIKEL BERKAITAN: Remaja Bakar Kucing Diperintah Bon Kelakuan Baik Selama Setahun
ARTIKEL BERKAITAN: Persatuan Haiwan Malaysia Tawar Ganjaran RM3,000 Jejak Pelaku Lapah Kucing
ARTIKEL BERKAITAN: China Adakan Acara Untuk Kucing Cari Jodoh
Dalam perkembangan lain, Leopard berada dalam keadaan baik sungguhpun tulang kaki belakangnya patah ditembak.
“Doktor tidak berani untuk melakukan pembedahan kerana tulang yang patah sangat kecil. Luka tidak dijahit oleh doktor, hanya diletakkan plaster dan disuntik untuk menghentikan darah selain diberi ubat tahan sakit.
“Kalau dijahit, doktor bimbang terdapat penggumpakan darah memandangkan darahnya masih mengalir,” kata wanita berkenaan.
Wanita itu turut mengucapkan terima kasih kepada wargamaya yang menzahirkan rasa simpati terhadap kucingnya. Dia turut berharap agar ramai dalam kalangan pengguna media sosial tidak berhenti daripada mendoakan kesihatan Leopard.
Sumber: Platform X
Must-Watch Video