Bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira pukul 11.53 pagi tadi (Khamis).
Pagi semalam (Rabu), Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Wad Urologi dan Nefrologi, HKL selepas tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al-Ayubi Taman Melati, Gombak untuk dikafan dan disembahyangkan.
Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih selepas solat Asar.
Menurut anak Allahyarham, Shafiqa Nurlis, bapanya mengalami kerosakan otak dan hanya mampu bergantung pada mesin pernafasan sejak semalam.
Sementara isteri Allahyarham Ramlah Mat, memberitahu, suaminya mengadu sesak nafas kira-kira jam 3 pagi.
Bagaimanapun, ketika sedang mengurut badan Yazit, keadaan menjadi panik apabila mulut pemain dram itu tiba-tiba berbuih.
Dan ketika dikejarkan ke hospital jantung Yazit tiba-tiba terhenti dan terus dikejarkan ke zon merah selepas mendapat bantuan pernafasan (CPR).
Bagaimanapun pada pukul 5 petang, doktor memberitahu kepada Ramlah keadaan Yazit hanya 80:20 kerana otaknya tiada oksigen.
Mesin bantuan pernafasan Yazit dihentikan di hadapan ahli keluarga dan waris terdekat.
Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Fiza Kamarudin
Thu Sep 26 2019


#OhDaebak: Baru Dua Episod Dah Letop! Taxi Driver Pengganti Penthouse Ni Boleh Tahan Hebat!
Mantap betul k-drama Taxi Driver ni!

Gadis 19 Tahun, Nikahi Lelaki 58 Tahun Dengan Hantaran Tanah & Kebun 1 Hektar
Gadis 19 Tahun Nikahir Lelaki 58 Tahun

Bekas Tunang Buat Surprise Birthday Remy Ishak, Ezza Yusof; "Susah Tau Nak Buat, Berpeloh!"
Wah! So sweet!

Lari Dari Kebiasaan, Hael Husaini Kini Muncul Dengan Lagu Nasyid Pula
Berbakat betul Hael ni, ada lagu nasyid pula dah. Tahniah Hael.

COVID-19: Kes Kekal Dengan 4 Digit, 8 Kematian Dicatatkan
Kita jaga kita!

“Kita Akan Umum Dalam…”- Pengumuman Rentas Negeri Sempena Hari Raya Akan Dibuat Pada…
Mesti ramai tak sabar nak tahu boleh balik Raya tak

#FoodiesLife: Dah Mula Fikir Menu Untuk Sahur? Tak Perlu Pening Kepala, Ini 8 Menu Yang Kenyang & Mudah
Jangan ponteng sahur!

Berita Baik Untuk Peminat! Anuar Zain Kembali Dengan Buah Tangan Terbaru!
Lebih tiga dekad dalam industri muzik tanah air, legasi dibina penyanyi bersuara luar biasa, Anuar Zain terus utuh. Semestinya didambakan peminat, Anuar kini tampil mengubat kerinduan dengan single terbaru berjudul Sendiri.

“Sorry Dulu Aku Kutuk, Now Jadi Peminat Tegar, Drama Ni So So So Good” - Projek: Anchor SPM Buang Stigma Lapuk Penonton!
Kan dah cakap haritu, layan dulu Projek: Anchor SPM

“Bakat Baru Sekarang Talent Jatuh Nombor Dua” - Shaheizy Sam Tak Salahkan Influencer Jadi Pelakon
Pelakon senior berlakon semua best!