Kehadiran pemain sayap Terengganu FC, Faisal Halim dalam program Sepahtu Reunion Live Tour 2022 pada Jumaat ternyata mengejutkan peminatnya.

Walaupun hanya muncul hampir seminit dan membawakan watak sebagai pegawai perubatan, ternyata kemunculannya mendapat respon positif netizen.

Malah Faisal juga kelihatan begitu neutral dan tidak kekok sewaktu melakonkan wataknya di samping pelawak terkenal Jep, Rahim, Ebby Yus dan Pak Ya.

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak)


Bagaimanapun, Faisal mengakui berasa gementar untuk berada sepentas bersama nama-nama besar itu dan sama sekali tidak akan melupakan pengalaman berharga tersebut.

“Sebenarnya seram sejuk juga bila berada atas pentas. Tapi sebab ini adalah kali pertama jadi syukur semuanya berjalan dengan lancar.

“Alhamdulilah pengalaman yang berharga. Untuk bersama dengan nama-nama besar seperti Jep, Rahim, Pak Ya, Abby Yus, memang satu kenangan cukup besar pada saya,” katanya kepada Gempak.


Dalam pada itu, Faisal juga menyatakan tidak akan menolak tawaran seandainya diberi peluang untuk bersama kembali dalam Sepahtu Reunion.

“Sudah tentu. Peluang itu saya tidak akan lepaskan, kalau dipanggil untuk menyertai Sepahtu lagu sudah tentu saya akan terima tawaran.

“Saya memang suka bergaul dengan orang ramai. Bagi saya untuk melayan peminat itu adalah tanggungjawab saya sebagai pemain bola sepak.

“Merekalah yang menyokong saya selama ini. Alhamdulillah, sekiranya kehadiran saya di sini membuatkan orang ramai lagi meminati Sepahtu,” katanya.


Terdahulu, Faisal baru sahaja selesai membantu Terengganu FC dalam aksi Piala Malaysia menentang Sri Pahang, pada Khamis.

Disebabkan itu juga ramai yang tidak menjangkakan kemunculan Faisal dalam Sepahtu Reunion Live 2022.

Kebolehan Faisal untuk berlakon secara spontan dan juga sikap lucunya membuatkan pemain Harimau Malaya itu juga menjadi tular dan trending di Twitter.

Jangan lupa saksikan Sepahtu Reunion Love 2022, setiap Jumaat, 9 malam di Astro Warna (saluran 107) atau strim melalui aplikasi percuma Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat. Hanya RM99.99/bln untuk 6 bulan! WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03 9543 3838

Kredit foto: Zon Lawak Saiful Saaid