Pemandi Jenazah Buka Kisah Wanita Hidup Tak Keruan Simpan Baju Mayat Kakak Sendiri Dalam Bantal
Ainun
30/07/2024 17:55 MYT
30/07/2024 17:55 MYT
Tindakan seorang wanita yang menyimpan baju kakaknya yang telah meninggal dunia kira-kira lima tahun lalu tanpa dibasuh telah mengundang padah.
Akibatnya, wanita itu sering mengalami sakit-sakit dan menjadi tidak keruan.
Kisah itu diceritakan seorang pemandi jenazah, Lasminah Dul Siraj menerusi video dua minit yang kini sedang tular di media sosial.
Menurut Lasminah, pada mulanya wanita itu tidak mengaku mengambil apa-apa barangan sehinggalah membuka mulut selang beberapa hari kemudian.

“Acik terus cakap ‘buka sekarang bantal itu dan masuk ke dalam mesin basuh, basuh, sidai dah kering lepas tu masukkan balik dalam bantal’.
“Kemudian, baru dia ke hospital untuk pemeriksaan dan dapat kesan yang dia ada kencing manis, demam dan tak tentu arah,” katanya.
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Hos Digugurkan Komen Berbaur Diskriminasi Terhadap Perenang Australia
BERITA TRENDING: "Hamba Allah Yang Lemah Ini Layak Dihina & Dikutuk Tapi Saya Takkan Lari" - Hafiz Mahamad Perlukan Masa, Minta Nasihat Pakar
BERITA TRENDING: Remaja Tingkatan 1 Viral Pandu Viva Siap Bawa Penumpang Usia 6 Tahun, Polis Sedang Kesan Ibu & Bapa
BERITA TRENDING: Wanita Pakistan Anjur Pesta Janda, Demi Raikan Penceraian
Lasminah, yang berpengalaman berpuluh-puluh tahun menguruskan jenazah, menjelaskan bahawa pakaian individu yang telah meninggal dunia dan masih mempunyai kesan bau badan serta peluh seharusnya dibasuh terlebih dahulu sebelum disimpan sebagai kenangan.
“Baju ada peluh-peluh dari hospital, jangan sesekali ambil dan simpan. Tapi kena basuh dulu baru boleh simpan,” jelasnya
Setakat ini, video tersebut telah mendapat jumlah lebih 3.8 juta tontonan dan 232,000 tanda suka setakat ini.
Sumber: TikTok