Viral

Remaja Tingkatan 1 Viral Pandu Viva Siap Bawa Penumpang Usia 6 Tahun, Polis Sedang Kesan Ibu & Bapa

gempak
Izwan Isa
29/07/2024
19:17 MYT
Sponsor Banner
Remaja Tingkatan 1 Viral Pandu Viva Siap Bawa Penumpang Usia 6 Tahun, Polis Sedang Kesan Ibu & Bapa
Sepotong video seorang kanak-kanak yang didakwa berusia 13 tahun memandu sebuah kereta tular di media sosial sejak semalam.
Menerusi video yang dirakam oleh orang awam, kanak-kanak tersebut dilihat memandu kereta jenis Perodua Viva sambil membawa dua kanak-kanak yang duduk di tempat duduk hadapan.
“Umur berapa?” tanya orang awam yang merakam video berkenaan.
“Tingkatan satu,” jawab kanak-kanak berkenaan.
Berkali-kali orang awam tersebut bertanya, remaja itu tetap menjawab dia kini berada di tingkatan satu. Sehinggalah dia mengaku dia berusia 14 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Sathia Syukur Semakin Pulih Selepas Diserang Angin Ahmar - “Belum Boleh Pandu Kereta, Kaki Kanan Tak Kuat Sepenuhnya”

​ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kereta Pernah Terbakar, Erysha Emyra Akui Trauma Nak Memandu - "Memikirkan Nak Pergi Kerja, Jadi Terpaksalah Guna ..."

​ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Minta Sedekah ‘Kantoi’ Pandu Kereta Honda CRV, Mengaku Tak Berduit - “Ini Kereta Kawan Saya…”

​ARTIKEL BERKAITAN: Kereta Dipandu Kanak-Kanak Rempuh Gerai, Peniaga Bazar Ramadan Cedera Kena Minyak Panas

​ARTIKEL BERKAITAN: Pandu Melulu, Pemuda 21 Tahun Ditahan Lepas Langgar Empat Sekeluarga

“Umur berapa boleh bawa kereta?” tanya individu tersebut.
Remaja itu menjawab yang usuai 17 tahun merupakan usia yang dibenarkan di Malaysia untuk memandu.
Selain itu, remaja itu turut memberitahu penumpang kereta yang berada di tempat duduk hadapan masing-masing berusia enam tahun.
Individu yang merakam video tersebut memberitahu yang tujuan dia merakam video berkenaan adalah untuk melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa.
Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen menzahirkan rasa kecewa dengan ibu dan bapa remaja itu yang didakwa tidak mengawal keberadaan anak mereka.
Memetik laporan Kosmo! Online, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya sedang membuat semakan sama ada laporan polis sudah dibuat atau belum berhubung kejadian tersebut.

“Kita juga akan mengesan keluarga remaja terbabit untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber: Platform X, Kosmo! Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024