Berita

Pemandu E-Hailing Terima Anugerah Berkat Derma Darah Sebanyak 158 Kali

gempak
Gempak
13/07/2024
14:55 MYT
Sponsor Banner
Pemandu E-Hailing Terima Anugerah Berkat Derma Darah Sebanyak 158 Kali
Berkat menderma darah sebanyak 158 kali membolehkan pemandu e-hailing Kang Eng Tean, 50, menerima anugerah sebagai penderma darah terbanyak di Kelantan.
Pemandu yang memiliki darah jenis B itu berkata, dia mula menderma darah sejak berusia 18 tahun dengan niat untuk membantu mereka yang memerlukan tanpa mengharapkan balasan atau imbuhan.

Derma darah

"Biasanya saya melakukannya di Hospital Raja Perempuan Zainab II selain di lokasi lain anjuran pelbagai pihak.
"Sebagai rakyat Malaysia saya juga mahu berbakti kepada negara mengikut kapasiti dan kemampuan diri sendiri sekali gus akan terus menderma selagi saya sihat," katanya selepas menerima anugerah itu pada Program Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2024 Peringkat Negeri Kelantan pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Mansor Puteh Derma Darah 631 Kali Sepanjang Hayat

ARTIKEL BERKAITAN: Tergamak Pukul Ibu Kandung Depan Jiran

ARTIKEL BERKAITAN: "Senaman Berat Waktu Malam Boleh Cetus Serangan Jantung" - Pakar

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Takkan Pernah Boleh Gantikan Ibu & Ayah Mereka" - Uncle Mike

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kaut’ Komisen Lebih 4 Peratus Daripada Kutipan Derma? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Dari Segi Hukum Syarak

Anugerah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan NGO dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, Zamakhshari Muhamad.
Seorang lagi penderma darah, Mohd Sanusi Jusoh, 60, berkata, selain didorong oleh rasa tanggungjawab kepada masyarakat dia berharap sumbangannya itu dapat membantu menyelamatkan nyawa.
Dia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sudah menderma darah sebanyak 108 kali sejak 2005.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, Kelantan merekodkan lebih 30,000 penderma darah pada tahun lepas sekali gus mencapai kadar pendermaan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Daripada jumlah itu, 16,909 adalah penderma di Hospital Raja Perempuan Zainab II, manakala 10, 674 lagi daripada seluruh hospital daerah di negeri ini.
"Kecenderungan ini menunjukkan petanda baik dalam usaha memastikan bekalan darah mencukupi bagi menampung keperluan sembilan hospital di negeri ini," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis itu.
Kelantan memerlukan kira-kira 150 beg darah sehari dan setakat ini JKNK tidak mempunyai masalah bekalan darah.

"Bagi tahun ini hingga Jun lepas seramai 13,816 penderma tampil menderma darah di negeri ini. Berdasarkan pencapaian ini, kita jangka berjaya mencapai sasaran sama seperti tahun lepas," katanya.

Sumber: Bernama menerusi Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live