Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pembantu Peribadi Pelakon Wanita Popular Ditahan Polis

Gempak
15/08/2024 16:05 MYT
Pembantu peribadi kepada seorang pelakon wanita popular ditahan polis selepas didakwa mencuri barangan kemas pelakon itu, pada Rabu.

Rantai emas milik anak juga hilang


Sumber Harian Metro berkata, wanita berusia 28 tahun itu ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor.
"Difahamkan kecurian berlaku pada Jun lalu selepas pelakon wanita itu menyedari rantai emas miliknya hilang.

"Bukan itu saja, rantai emas milik anak pelakon itu juga turut hilang," katanya seperti dilapor harian metro.


Menurut sumber lagi, pelakon wanita itu turut kehilangan wang RM10,000.

"Pemeriksaan di rumah wanita terbabit di Gombak turut menemui semula barangan kemas itu," katanya.

Difahamkan, pembantu peribadi itu juga ada membuat laporan di IPD Daerah Gombak mendakwa dipukul pelakon wanita terbabit.

Sumber berkata, punca pembantu peribadi itu dipukul kerana didakwa mereka cerita yang rumah tangga pelakon itu sedang bermasalah.

"Pelakon itu juga ada membuat laporan polis semalam," katanya.

Harian Metro sedang mendapatkan pengesahan pihak polis berhubung penahanan itu.

Sumber: Harian Metro
#pelakon #Viral #Ditahan #Polis #Pembantu Peribadi