Hiburan

Pembawakan Bayi Kedua, Lisa Surihani Suka Berhias Dalam Rumah

gempak
Syafiqah Jalal
22/02/2017
04:34 MYT
Sponsor Banner
Pembawakan Bayi Kedua, Lisa Surihani Suka Berhias Dalam Rumah
Pelakon Lisa Surihani akui dia mengalami perubahan hormon yang agak pelik ketika hamil bayi kedua apabila suka berhias meskipun di dalam rumah.
Lisa Surihani berkata dia bukan sahaja mahu bersolek malah akan mengambil masa hampir setiap hari untuk menggulung rambutnya supaya nampak beralun.
"Saya suka bersolek dan berhias ketika hamil anak kedua ini, malah terlebih pula sampai rambut pun saya akan pastikan nampak kepuk dan beralun.
"Bukan sahaja setiap kali keluar malah hampir setiap hari jika saya di rumah sahaja sekalipun saya akan pastikan wajah saya memakai eyeliner dan rambut perlu digulung supaya nampak beralun.
"Agak pelik juga la kerana ketika hamil sebelum ini, saya tidak pula minat untuk bersiap mahu pun berjumpa orang," katanya kepada Astro Gempak.
Usia kandungan Lisa kini sudah mencecah tujuh bulan dan dia dijangka bakal melahirkan bayi keduanya pada April ini.
Bercerita mengenai kehamilannya kali ini lagi, Lisa memberitahu dia lebih aktif dan suka memandu keretanya sendiri.
"Kali ini saya agak aktif sedikit, jika dulu saya tidak suka keluar tapi kali ini saya yang memandu kereta keluar kerana saya suka memandu.
"Selain itu saya perasan saya terlebih rajin dalam semua perkara yang saya buat," katanya lagi.
Lisa yang berkahwin dengan penyanyi dan pengarah, Yusry Abdul Halim telah yang melahirkan anak sulungnya Yahaira Leanne pada 15 September 2015.
Teks oleh Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live