"Pembedahan Batriatric Bukan Buang Lemak" - Abby Abadi

Zulaikha Yusof
Ogos 21, 2020 02:52 MYT
Pelakon Abby Abadi, 43, menekankan pembedahan Batriatric itu bukan membuang lemak di badan seperti yang didakwa segelintir orang.
Menurut Abby, dia hanya menebuk di beberapa bahagian supaya dapat mengurangkan kapasiti perut.
"Kita sembang baik punya pasal Bariatric Surgery yang kita buat dengan @dr.mustafamt, paling jujur dah rasanya cerita dari mula sampai lah perkembangan terkini, tiba-tiba masuk kata kita buang lemak..
"Bolehlah kurus bayar puluh-puluh ribu.. Ayooo! Pembedahan Bariatric tu bukan buang lemak yang.. Tak kurus tiba-tiba pun.
"Dia sejenis penebukkan pada beberapa bahagian perut untuk kecikkan kapasiti perut tu supaya saka makan kita berkurang.. Faham??
"Masa buat tak sedar, dah sedar sakit sikitlah manja-manja.. Macam saya sesak nafas sikit haritu.. Pastu malam tidur lena.
"Esok tu dah boleh bergerak macam biasa. Pukul 10 pagi dah siap-siap mandi nk balik. Sekejap ja sakit (untuk saya lah). Kalau yang ada macam-macam masalah kesihatan, mungkin berbeza. Kena rujuk doktor Mustafa ye," tulisnya di Instagram (IG).
Tegas pelakon drama Gerak Khas ini, berat badannya tidak terus mendadak turun sejurus selepas pembedahan.
"Berat lepas buat hari pertama tak berganjak pun sebab baru sangat kan.. Lepas pada tu memang takda selera nak makan sangat.
"Kalau makan pun, tak boleh banyak, tumpang-tumpang ja pinggan orang.. Gitulah kaedahnya ya.. Seminggu sebelum buat kena minum susu ja.
"Dua minggu pertama pulak lepas buat, minum susu dengan makan kuah atau sup-sup ja. (Takda minyak atau gula atau apa lagi? Lupa.
"Dari situlah mula turun sikit demi sikit berat kita tu. Bukan sebab dah buat, tiba-tiba kurus.. Lambat lagi.
"Dah episod ke enam ke, ke tujuh kita bercerita.. Ditanya lagi, tanya lagi.. Ada tu tak tanya, tuduh ikut selera.. Rotan nanti baru tahu," tulisnya lagi.
Sebelum ini, Abby mendedahkan berat badannya turun lima kilogram selepas dua minggu proses pembedahan.
BACA: Selepas 2 Minggu Bedah 'Ikat' Perut, Abby Abadi Dah Turun 5 KG
#Abby Abadi #Pembedahan Batriatric