,
Hiburan

Pembedahan Berjaya, Leeteuk (Super Junior) Berehat Seketika

Kamaruddin Razal
25/07/2018
13:10 MYT
Ahli kumpulan Super Junior, Leeteuk dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut. Memandangkan keadaan sakit perut Leeteuk berada pada tahap yang teruk dan memerlukan tindakan segera, maka pembedahan terpaksa dilakukan pada hari yang sama.
Untuk pulih sepenuhnya, Leeteuk atau nama sebenarnya Park Jeong-Su dikehendaki berehat sepanjang minggu ini dan tidak akan terlibat dalam konsert SMTOWN di Osaka yang bermula 28 hingga 30 Julai.
"Label SJ berharap semua peminat Leeteuk memahami keadaannya. Kami akan memastikan Leeteuk cepat sihat dan pulih seperti sedia kala," kata wakil label.
Leeteuk merupakan ketua kumpulan Super Junior. Super Junior terdiri daripada beberapa orang ahli iaitu Leeteuk, Heechul, Yesung, Kangin, Shindong, Sungmin, Eunhyuk, Donghae, Siwon, Ryeowook dan Kyuhyun.
Teks: Noor Zulaikha Yusof
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Leeteuk Kena Kecam Minta Peminat Sokong Kangin: “Bantu Pakai Duit Kamu”

gempak
29/05/2024
14:55 MYT
Tindakan Leeteuk agar peminat memberi sokongan semula kepada salah seorang bekas anggota Super Junior, Kang-In nampaknya tidak berakhir positif.
Hiburan

Kyuhyun Super Junior Nyanyi Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar: “Tersengih Kita, Macam Jatuh Cinta”

gempak
14/04/2024
03:53 MYT
Salah seorang anggota Super Junior, Kyuhyun sedang berada di Malaysia untuk bertemu peminatnya di sini menerusi siri Konsert 2024 𝐊𝐲𝐮 𝐇𝐲𝐮𝐧 𝐀𝐬𝐢𝐚 𝐓𝐨𝐮𝐫 <𝐑𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐓>𝐢𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫 yang berlangsung pada petang 13 April 2024.
Hiburan

Ryeowook Umum Kahwini Kekasih Mei 2024: “Saya Mahu Bina Keluarga Bersamanya”

gempak
30/03/2024
08:45 MYT
Salah seorang anggota Super Junior, Ryeowook menyampaikan khabar gembira buat peminat apabila mengumumkan akan berkahwin pada Mei depan.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza (GV10): 3 Tugasan Final, Ada Duet Dengan Artis Indonesia & Rap Lagu KPop!

gempak
04/12/2023
03:52 MYT
Ada Lagu Ada Lagi final All Stars Gegar Vaganza.
Laman Utama

Kyuhyun Super Junior Cedera Diserang Dengan Pisau

gempak
20/11/2023
04:50 MYT
Kyuhyun dilaporkan mengalami kecederaan
Unitar