HIBURAN
Pembenci Isra*l Protes, Gal Gadot Terpaksa Henti Penggambaran
Aktres yang secara terbuka menyokong kekejaman Israel terhadap Palestin, Gal Gadot berdepan ‘hukuman’ apabila terpaksa menghentikan penggambaran kerana diprotes.
Insiden protes daripada sekumpulan penyokong Palestin itu berlaku sewaktu Gal Gadot sedang menjalani penggambaran filem terbaharu, The Runner, di Camden, Utara London, baru-baru ini.
Gal Gadot antaranya telah diiringi para aktivis dan penyokong yang memegang bendera Palestin agar menghentikan penggambaran yang sedang berlangsung, lapor DailyMail.uk.
Mereka didengar melaungkan permintaan: “Berhenti bom Palestin!”
Seorang aktivis malah telah memainkan dram dengan kuat sebagai usaha menganggu penggambaran yang sedang berjalan.
Akibat protes yang berlaku, Gal Gadot terpaksa menghentikan penggambaran dan digantikan dengan pelakon ganti. Pihak berkuasa tempatan juga terpaksa datang ke lokasi kejadian untuk meleraikan protes yang berlaku.