Filem

Pemenang Anugerah Filem Psychological Terbaik, Korsakoff Bakal Ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda!

Umirah Halim
08/03/2024
12:00 MYT
Naskhah asli karya D Alpha Legacy yang bergenre ‘psychological thriller’ berjudul 'Korsakoff' bakal ditayangkan di Astro First anda bermula 14 Mac ini.
Sebelum ini, Korsakoff telah berjaya dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori khas 'Best Psychological Film' di anugerah Cannes World Film Festival (CWFF), dan terbaharu, pemenang anugerah di World Film Carnival - Singapore (WFCS) yang ke-33.
Nur Aminahtul Marrdiah Md Nor, pengasas D Alpha Legacy, meluahkan rasa syukurnya apabila filem ini berjaya diiktiraf dan mendapat tempat di mata dunia.
"Alhamdulilah, segala kerja keras keseluruhan pasukan produksi dan pelakon-pelakon hebat negara kita terasa berbaloi apabila karya anak tempatan diiktiraf di mata dunia oleh para penilai antarabangsa. “Kami hanya sekadar mencuba nasib dengan dengan manghantar penyertaan dan akhiraya dimaklumkan sebagai pemenang untuk bulan Ogos bagi kategori 'Best Psychological Film', banyak juga negara lain yang menghantar karya mereka namun nasib berpihak kepada kami. Terima Kasih diatas pengiktirafan.
"Walaupun filem ini sudah pun dipertontonkan di hadapan juri juri profesional antarabangsa untuk dinilal, rakyat Mataysia hanya berpeluang menontonnya secara rasmi dan juga eksklusif, 'Pawagam Rumah Anda' Astro First bermula 14 Mac 2024 ini,” jelasnya ketika Sidang Media dan juga majlis pra-tonton filem Korsakoff di TGV Bukit Jalil pada Rabu.
Filem arahan Opie Zami ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat tanah air seperti Erra Fazira, Azhan Rani, Iqram Dinzly, Ning Baizura dan watak utamanya iaitu 'Jelita' dipegang oleh pendatang baharu, Elly Arifin.
Saksikan filem-filem tempatan terbaru di Astro First, saluran 480 atau boleh strim di On Demand atau Astro Go.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram Astro First.
Sinopsis Korsakoff
Ikuti kisah Jelita yang mengalami amnesia selepas kemalangan dan mencuba untuk menyembuhkan kembali ingatannya namun tanpa disedarinya ada agenda yang tersembunyi disebalik punca kemalangannya itu.

Berita Trending: Kontroversi Fathia Latiff, Ini Jawapan Zahirah MacWilson & Aiman Hakim…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool & Wolverine, Ini Respons Zizan Razak - “Perkara Ini Kecoh Sejak Semalam…”

gempak
25/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Zizan Razak mengakui banyak menerima DM dan mesej daripada kenalan serta peminat mengenai namanya yang didakwa diletakkan dalam ending credit filem adiwira popular Deadpool & Wolverine.
Filem

Mawi Tak Cepat Sentap, Terima Filem Dikritik Dengan Hati Terbuka - “Saya Okay, Sendiri Tahu Kelamahan”

gempak
25/07/2024
04:50 MYT
Walaupun filem Zim Zim Ala Kazim mendapat kutipan melebihi RM3 juta namun penyanyi dan pengarah, Mawi, 43, juga tidak terlepas daripada menerima kritikan.
Filem

Berlakon Dalam Berpuluh-Puluh Filem, Ini 5 Watak Farid Kamil Yang Paling Ikonik!

gempak
18/07/2024
09:55 MYT
Lebih dua dekad menjejakkan kaki dalam dunia hiburan, nama pelakon Farid Kamil bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam industi seni tanah air.
Filem

"Saya Bangga Bawa Cerita & Bakat Asia" - Ratu Cantik Malaysia Buka Langkah Di Hollywood

gempak
18/07/2024
08:55 MYT
Ratu Cantik kelahiran Malaysia, Rachel Tan berbangga dapat membawa kisah dan bakat ke persada perfileman Hollywood.
Filem

‘The Experts’ Gegarkan 18 Pawagam Di Cambodia & Ditayangkan Di Astro First Ogos Ini!

gempak
17/07/2024
06:25 MYT
Filem lokal heist nombor 1 Malaysia, ‘The Experts’ terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini!