Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Pemenang Grammy Paksa Lakukan S*ks Bertiga, Rog*l Jurusolek Isteri

Maliah Surip
04/10/2024 06:36 MYT
Penyanyi lagu-lagu country, Garth Brooks berdepan pertuduhan merogol jurusolek yang telah bekerja lama untuk isterinya, Trisha Yearwood.

BERITA TRENDING: Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

Brooks yang juga merupakan pemenang anugerah Grammy didakwa melakukan perbuatan terkutuk tersebut kepada juru solek yang dikenali sebagai Jane Roe pada 2019.

Roe menerusi laporan yang dibuat kepada pihak berkuasa mendakwa dirogol sewaktu mengikuti penyanyi berusia 62 tahun itu menghadiri Grammy yang diadakan Los Angeles.

Juru solek dan pendandan rambut itu mendakwa telah dirogol di dalam jet dan bilik hotel, lapor US Weekly.

“Selalunya jika kami keluar bekerja akan ada orang lain ikut serta termasuk di dalam jet peribadi namun kali ini hanya Brooks dan Roe.

“Dia dirogol dalam jet dan apabila sampai di hotel, Brooks juga hanya memesan satu bilik untuk dikongsi bersama. Brooks kemudian berbogol sewaktu menuju tandas. Roe rasa telah diperangkap oleh penyanyi itu,” tulis kenyataan tersebut.

Menerusi pertuduhan sama, Roe mendakwa suami Yearwood sebagai seorang seorang dengan gangguan seks.

Brooks, dakwa Roe lagi pernah berulang kali mengajak dia melakukan hubungan seks bertiga bersama isterinya.

Pihak guaman Brooks bagaimanapun menafikan pertuduhan yang dilemparkan kepada kliennya dengan menyifatkan dakwaan palsu tersebut dibuat kerana enggan membayar gaji sebagai pekerja tetap dan tuntutan lainnya.

BERITA TRENDING: Gadis 18 Tahun Ditemui Mati Tanpa Seurat Benang, Tangan Diikat Dengan Coli

BERITA TRENDING: Video Gadis Terpaksa Rakam Diri Sendiri Dirogol Bapa Kandung Cetus Kemarahan Netizen - “Bayangkan Trauma Dia Sampai…”

BERITA TRENDING: Kes Rogol: Da'i Syed Dijel 10 Tahun, Tiga Sebatan

#Penyanyi #Grammy #Isteri #Rogol #Jurusolek #Seks #Garth Brooks
;