Viral
Video Gadis Terpaksa Rakam Diri Sendiri Dirogol Bapa Kandung Cetus Kemarahan Netizen - “Bayangkan Trauma Dia Sampai…”
Seorang pengguna platfrom X berkongsi semula sebuah video dari akaun Crime Reports India yang memperlihatkan seorang gadis terpaksa merakam dirinya dirogol oleh bapa kandung.
Trauma yang dihadapi
Menerusi perkongsian itu, pengguna akaun @MYloverekindled itu berkata dia tidak dapat membayangkan trauma yang dihadapi gadis tersebut dan ia juga sangat menyedihkan.
“Anda boleh bayangkan tak trauma yang dihadapinya? Sampai dia terpaksa rela rakam diri sendiri kena rogol oleh bapa sendiri? Sampai dia boleh agak bila bapa dia akan masuk bilik?
Advertisement
“Ini sangat menyedihkan. Bayangkan berapa ramai lagi yang kena macam ini,” kongsinya.
Difahamkan kejadian itu berlaku di India dan mangsa merakam dirinya dirogol oleh bapa sendiri yang sudah melakukan keganasan seksual terhadapnya sejak tiga tahun lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Keji! Pekerja Pusat Jagaan Kanak-Kanak Mengaku Terbabit 307 Kes Rogol, Mangsa Bawah 12 Tahun
ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Asiah Abd Jalil Beri Pandangan Mengenai Kes Da’i Syed - “Saya Rasa Dia Memang Bernasib Malang Kerana…”
ARTIKEL BERKAITAN: Tiz Zaqyah Bengang Ada Individu Backup Abang Bas, Kongsi Pengalaman Rakan Sendiri Kena Gangguan Seksual
ARTIKEL BERKAITAN: Beri Pandangan Tentang Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Dilabel Penunggang Oleh Netizen
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati dengan gadis tersebut dan berpendapat kebanyakkan kes rogol sememangnya melibatkan keluarga terdekat.
“Ya Allah kesiannya hambaMu yang pernah atau sedang menjadi mangsa nafsu serakah orang-orang jahat. Bila cakap fasal suicide, orang kata tak masuk syurga. Tapi bila tak mati, diperlakukan sebegini.
“Bayangkan trauma dia sampai terpaksa rakam sendiri. Berapa ramai lagi yang senyap dalam derita macam ini? Ini mesti dihentikan.
“Dekat Malaysia, ramai back up orang macam ini kan? ‘Anak buah dia, apa ada hal’.
“Trauma seumur hidup. Dasar bapa perangai binatang. Emosi bila tengok kes-kes macam ini. Apasal la lelaki macam celak* ini hidup di dunia,” komen beberapa netizen.
Can you imagine the trauma?? sampai dia terpaksa rela record diri sendiri kena rogol oleh bapa sendiri? Sampai dia boleh agak bila bapa dia akan masuk bilik? This is so sad. Bayangkan berapa ramai lagi yang kena macam ni ?? https://t.co/lex3hbFc8j
— Zuhrah | Love Rekindled ?? (@MYloverekindled) September 8, 2024
Must-Watch Video