Dunia hiburan sepanjang 2016 turut berasa sedih pemergian insan seni yang benar-benar berjasa dalam kerjaya seni yang sukar dicari ganti.
Mudah-mudahan mereka beroleh rahmat daripada Allah. Al-Fatihah
1) Tan Sri SM Salim (1928 – 2016)Baru sahaja meninggalkan kita, Biduan negara Tan Sri SM Salim yang meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 5.45 petang, semalam (29 Disember). Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di rumah anaknya yang terletak di Sering Ukay, Ulu Klang, Ampang.
SM Salim memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi pada 1950-an terkenal dengan lagu-lagu Melayu klasik dan menjadi pejuang irama tradisional.
2) Salleh Brothers (1976 – 2016)Anggota kumpulan nasyid Brothers iaitu Mohd Salleh Mohamed Deril, 40, meninggal dunia pada pukul 3.25 petang Khamis, 6 Oktober, di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Allahyarham meninggal dunia akibat darah tinggi dan serangan jantung selepas dimasukkan ke hospital.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat cahaya mata.
3) Pelawak veteran Pie (1931 – 2016)Pelawak veteran Pie atau nama sebenar Shafiee Jaafar, 85 tahun, meninggal dunia kerana sakit tua pada pukul 9 malam, 11 Ogos 2016.
Allahyarham Pie menghembuskan nafas akhir di kediaman anaknya di Teluk Bahang, Pulau Pinang.
4) Aziz Singah (1941 – 2016)Pelakon veteran Datuk Aziz Singah, 74, meninggal dunia di kediamannya di Seri Kembangan, Serdang pada pukul 11.10 malam Jumaat, 1 Julai yang lalu akibat kanser prostat.
Aziz Singah yang popular pada era 1980-an pernah membintangi banyak drama namun lakonannya dalam PJ Holding antara karya yang diingati sehingga ke hari ini.
Beliau juga pernah berlakon dalam beberapa buah filem termasuklah Maria Mariana terbitan Skop Productions.
5) Mr. Os (1961 – 2016)Perginya Mr. Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid meniggalkan kesan kepada industri lawak tanah air. Pelawak veteran ini juga merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara.
Mr. Os telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, 8 April pada usia 55 tahun.
6) Datuk Adnan Abu Hassan (1959 – 2016)Komposer tersohor, Datuk Adnan Abu Hassan, 57, menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.17 pagi, 18 March, di Hospital Selayang.
Adnan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan kerana serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang dan hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Antara karyanya yang pernah popular suatu ketika dahulu ialah Teratai Layu Di Tasik Madu, Jerat Percintaan, Bunga-Bunga Cinta serta Puncak Kasih.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Rozaimi Zubaidi
Fri Dec 30 2016
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.
"Saya Beruntung Ada Isteri Secantik Wawa" - Aeril Zafrel Tak Pernah Terlintas Nak Curang
Pelakon dan usahawan popular Aeril Zafrel tidak pernah terlintas untuk mencurangi isterinya Wawa Zainal
"Minta Maaf, Memaafkan Perlu Ikhlas, Jangan Sampai Memalukan Orang" - Syamsul Debat
Meminta maaf dan memaafkan tidak perlu meletakkan sebarang syarat apatah lagi sehingga mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang lain.
Selepas Agih Ayam Secara Percuma, Geng Bertopeng Belanja Telur Sepapan Pula!
Sekumpulan individu dengan imej ‘bertopeng’ yang bertindak mengagihkan ayam secara percuma kepada orang ramai berhampiran Bukit Bintang berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini.
Beza Agama, Ulama Berpendapat Pernikahan Rizky & Mahalini Bakal Tidak Sah?
Hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini baru-baru ini menjadi perbualan hangat selepas salah seorang keluarga terdekat Mahalini telah berkongsi mengenai tarikh perkahwinan mereka.
Michael Ang Tak Setuju Budaya Minta Maaf Sambil Melutut - "Nak Orang Minta Maaf Tak Perlu Post Di Media Sosial"
Isu mengenai isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis yang meminta individu yang menghina anaknya melutut untuk meminta maaf mendapat perhatian ramai termasuk pengarah dan penerbit, Michael Ang.
Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.