Hiburan

Pemilik Dakwa Aunty Tini Kitchen 'Ambil' Resepi Harimau Menangis Dari Restoran Terkenal Di Kelantan?

gempak
Amri Hassan
14/01/2021
07:20 MYT
Sponsor Banner
Pemilik Dakwa Aunty Tini Kitchen 'Ambil' Resepi Harimau Menangis Dari Restoran Terkenal Di Kelantan?
Kontroversi paten cap dagang Daging Harimau Menangis ibu Neelofa, Noor Kartini masih belum berkesudahan.
BACA: “Letaklah Harimau Mengilai Ke, Harimau Beranak Ke, Harimau Kentut Ke” - Ibu Neelofa Mohon Maaf
BACA: Kontroversi Permohonan Trademark ‘Daging Harimau Menangis’ Mak Neelofa, Ramai Tak Perasan Sebenarnya….
Terbaharu, menerusi Facebook Farhan Yaacob, resepi Daging Harimau Menangis yang dijual Noor Kartini didakwa merupakan resepi asal milik restorannya di Kelantan.
Kata Farhan, dia telah memberikan resepi tersebut kepada salah seorang daripada ahli keluarga Noor Kartini sebelum ini.
"Sejujurnya, resepi Daging Harimau Menangis yang digunakan oleh Aunty Tini Kitchen adalah resepi dari Siam Restoran (sekiranya diolah resepi, tidak lagi berkaitan).
"Saya sendiri yang berkongsi resepi Siam tanpa dipengaruhi tetapi lebih kepada kepercayaan konsep kekeluargaan ketika dihubungi oleh seorang ahli keluarga mereka.
"Saya, isteri dan Siam tiada masalah apabila mereka komersialkan (walaupun terasa hati kerana 1st priority mereka minta sebab mahu makan bersama keluarga di Sabah).
"Tetapi apabila mereka mengeluarkan klip video, saya merasakan mereka sangat over. Anda boleh tafsir apa sahaja, tetapi jagalah adab.
"Ini adalah untuk clear semua part kerana ramai yang tahu dan tag saya di media sosial.
"Ada di kalangan keluarga mereka yang membantah kerana 1st priority permintaan resepi atas dasar sebuah keluarga, dan saya tidak dimaklumkan secara rasmi idea komersial," tulisnya.
Jelas Farhan, hubungannya dan keluarga Noor Kartini tiada sebarang masalah dan masih bersahabat hingga kini.
Malah, kata Farhan lagi dia akui dunia perniagaan memerlukan individu yang cepat dan kreatif.
"Sejujurnya, saya dan isteri tiada masalah ataupun iri hati apabila Auntie Tinie komersialkan Daging Harimau Menangis. Itulah perniagaan, perlu cepat dan kreatif. Auntie Tinie mungkin antara yang awal membuat ‘packed food’ tersebut.
"Yang menjadi isu, (berdasarkan video yang tersebar), secara terangan Auntie Tini sendiri mention tidak boleh guna perkataan ‘HARIMAU MENANGIS’, jadi sekiranya myIPO luluskan, apa yang perlu kami (dan peniaga lain) lakukan adalah menukar nama.
"Saya bersangka baik, Auntie Tinie bergurau, tetapi sebagai public figure, perlu menyusun perkataan dengan baik," katanya.
Justeru, Farhan turut memohon maaf kepada keluarga Noor Kartini sekiranya postingnya terdahulu telah mengguris hati pihak tertentu.
"Saya merendah diri dan memohon maaf sekiranya posting sebelum ini mengguris hati sesiapa pun, Auntie Tinie, Keluarga terdekat ataupun agen-agen Auntie Tinie Kitchen yang mencari rezeki ketika musim pandemik.
"Sama sama berkongsi apa yang dianugerahkan Allah Taala, lebih diberkati. Semoga semua yang berbicara, jangan lah berkata buruk, jagalah bahasa, mereka juga punyai perasaan. Fokus pada isu, bukan menyerang peribadi. Kita semua berkongsi bumi yang sama," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024