Hiburan

Pemilik Kafe Dikecam Blinks Kerana Cuba Menjual Sofa, Meja Digunakan Lisa Blackpink Semasa Sesi Fotografi

gempak
Fiza Kamarudin
07/01/2020
08:04 MYT
Sponsor Banner
Pemilik Kafe Dikecam Blinks Kerana Cuba Menjual Sofa, Meja Digunakan Lisa Blackpink Semasa Sesi Fotografi
Gara-gara memuat naik foto sebuah sofa yang digunakan Lisa Blackpink di laman sosial Instagram (IG), seorang pemilik kafe dikecam peminat kumpulan tersebut yang dipanggil Blinks.
Pemilik kafe di Thailand itu dikatakan cuba menjual barangan yang digunakan Lisa ketika sesi fotografi beberapa hari lalu.
Menerusi beberapa foto yang dimuat naik di Facebook, pemilik kafe tersebut mendedahkan, dia menerima tawaran lebih 100,00 Bath atau RM13,600 hanya untuk sofa yang digunakan Lisa.
Malah, dia turut meminta orang ramai untuk membida tawaran tertinggi bagi memiliki barangan daripada kafenya.
Lebih menjijikkan, beberapa netizen turut meninggalkan komen berbaur lucah apabila menawarkan untuk membeli pelapik tandas yang digunakan penyanyi itu.
Ada juga yang tanpa segan silu menjelaskan mahu membeli sebuah meja hanya untuk menghidu bau penyanyi yang popular dengan lagu 'Kill This Love' itu.
Bagaimanapun, pemilik kafe tersebut telah membuat permohonan maaf kepada peminat Blackpinks atau Blinks namun tidak kepada Lisa.
Peminat turut menggesa pihak pengurusan Lisa iaitu YG Entertainment untuk bertegas dan mengambil tindakan terhadap perkara yang memalukan itu.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024