Seluruh galaksi akan terhenti secara tiba-tiba disebabkan kartun popular Ben 10 terbitan Cartoon Network bakal menemui peminatnya tepat jam 10 pagi pada 10 Oktober ini dengan tayangan perdana global Ben 10 vs The Universe: The Movie!

Filem televisyen penuh aksi tersebut akan memberi fokus kepada penceritaan sekitar letupan dari masa lalu Ben untuk kembali melakukan dua kali ganda kerosakan terhadap pasukan Tennyson dan planet Bumi itu sendiri sekali gus memaksa Ben untuk pergi ke antara bintang untuk menyelamatkan keadaan.

Sementara itu, Gwen dan Grandpa Max bekerjasama untuk melindungi dunia ketika ketiadaan Ben. Tetapi apabila hero kanak-kanak lelaki kesayangan kita dikelirukan sebagai penjahat di ruang angkasa, Ben mesti mencari jalan untuk kembali ke Bumi untuk menyelamatkannya!



Menjelang tayangan perdana filem, para peminat setia Ben 10 berpeluang menikmati aksi Ben 10 dengan segmen khas Power of 10 yang akan disiarkan setiap hari Sabtu di Cartoon Network.

Episod-episod khas ini membawa anda kembali ke saat-saat menarik bersama beberapa musuh Ben 10 yang paling kuat seperti Kevin 11, Steam Smythe dan Vilgax, panglima perang alien intergalaksi yang sukar untuk dikalahkan.

Peminat yang ingin memulakan misi mendebarkan bersama Ben 10 juga boleh menyertai Cabaran Peminat Ben 10 dalam talian.

Dari membina pertempuran Ben 10 epik mereka sendiri ataupun mencari grafik GIF animasi tersembunyi di mikrosit Ben 10, mereka perlu menyelesaikan pelbagai cabaran untuk memenangi Ben 10 Watch Party Pack yang boleh dimuat turun.

Lawati laman web ben10.cartoonnetworkasia.com untuk maklumat selanjutya.

Jangan lupa tonton Ben 10 vs The Universe: The Movie pada Sabtu, 10 Oktober jam 10 pagi yang ditayang secara serentak di Cartoon Network (saluran Astro 615 HD / 635), HBO (saluran Astro 411 HD), Warner TV (saluran Astro 712 HD), dan HBO GO.