gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ridzokumura Pilih Setia Pada Arwah Isteri, Rela Hidup Sendiri Dari Kahwin Lain - “Sepanjang 16 Tahun Dengan Dia, Kami Tak Pernah Curang…”
HIBURAN
Teman Fazura ‘Make Up”, Netizen ‘Cair’ Tengok Telatah Fatima - “Ya Allah Comelnya”
BERITA
Ambulans 'Gagal' Tampung Lelaki Obes 160kg, APM Angkut Guna Lori
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Abang Tajul Meninggal Dunia

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
30/01/2025
05:25 MYT
Sponsor Banner
Abang Tajul Meninggal Dunia
Abang kepada penyanyi, Tajul iaitu Abdullah Mahmud Md Shari telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 9 pagi Khamis akibat pelbagai komplikasi penyakit.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pelantun lagu Sedalam-Dalam Rindu menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya.
“Assalamualaikum semua, angah saya baru sahaja meninggal dunia pagi ini jam 9.00 pagi.
“Minta semua sedekahkan Al-fatihah,”katanya ringkas.
Memetik laporan media, Tajul atau Tajul Ariff Noor Md Shari, 27, memberitahu bahawa kesihatan Allahyarham mula merosot sejak kebelakangan ini sebelum dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, Negeri Sembilan sejak seminggu lalu.
Dalam pada itu, Tajul memberitahu sepanjang di hospital, Allahyarham ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan ditidurkan susulan keadaannya yang kritikal.
Bagaimanapun pada pagi Khamis, pihak hospital menghubungi keluarga bagi memaklumkan keadaannya dan ingin menghentikan bantuan pernafasan terhadapnya.
Jenazah dijangka dikebumikan di Labu, Negeri Sembilan selepas waktu Zohor atau Asar.
Topic Berkaitan
#Meninggal Dunia
#Tajul
#Abang Tajul
#Abdullah Mahmud Md Shari
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement