Laman Utama

Peminat Bakal Lihat Wajah Bilal Tak Lama Lagi, Neelofa Mahu Bawa Anak Bercuti - “Tidaklah Saya Nak Tutup Kalau Orang Ternampak”

Asyikin Mayudin
27/09/2022
10:01 MYT
Usahawan dan selebriti terkenal Noor Neelofa memberitahu peminat akan melihat wajah anak lelakinya iaitu Muhammad Bilal tidak lama lagi.
Menurut Neelofa, dia dan suaminya Haris Ismail atau PU Riz, juga mahu anak mereka membesar seperti kanak-kanak lain tanpa menyekat pembesarannya.
“Bilal membesar dengan baik dan sekarang dia dah mula merangkak. Saya dan suami pun tak nak sekat pembesaran anak.
“Nak dia besar sama juga seperti kanak-kanak lain yang akan membesar. Bila Bilal dah boleh jalan, sudah tentu kami akan bawa dia ke taman dan tak lama lagi akan bawa pergi bercuti.
“Waktu itu, tak boleh dah nak sekat-sekat atau tutup muka dia. Anda semua dah boleh lihat,” kata Neelofa kepada Gempak.
Neelofa berkata demikian semasa ditemui Gempak di majlis pelancaran produk terbaru Nilofa Plus Drintox Pineapple Juice di ibu kota, hari ini.
Selain itu, kata Neelofa, dia bagaimanapun akan cuba mengawal situasi sekiranya keadaan itu berlaku kelak.
“Sebagai ibu bapa, saya dan Haris cuma akan memastikan keadaan terkawal sahajalah dan sesuai jika ada yang mahu melihat atau mahu bergambar.
“Apa yang saya harapkan ialah mereka pun boleh hormati privasi. Kalau ada yang nak tengok nanti, saya tunjuk saja wajah Bilal. Tidaklah saya nak tutup kalau orang ternampak.
“Setakat ini, saya bersyukur kerana ramai kalangan peminat yang menghormati ruang privasi saya dan Bilal,”katanya.
Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas, PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Muhammad Bilal yang kini berusia lapan bulan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

gempak
25/07/2024
02:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kedua Shuib yang mesra dengan panggilan Dekta itu dikatakan hilang ketika masih kecil.
Berita

Penoreh Getah Mengaku Tak Bersalah Rog*l Anak Kandung

gempak
24/07/2024
06:49 MYT
Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu, atas dua pertuduhan merogol anak perempuan kandungnya sejak 2019.
Hiburan

Ajai Kongsi Kemunculan Terbaharu Hafiz Suip, Peminat Pula Luah Rasa Rindu – “My Brother Is Back, We Love You”

gempak
23/07/2024
21:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ajai memuat naik video yang memaparkan Hafiz melaksanakan latihan nyanyian dengan mendendangkan lagu Ku Akui di studio.
Hiburan

Uyaina Arshad Kongsi Momen Pertama Kali Jumpa Neelofa & Izara Aisyah - “I Adore Both Women So Much In Many Ways”

gempak
22/07/2024
12:55 MYT
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi momen pertama kali dia bertemu dengan selebriti dan usahawan Neelofa serta aktres Izara Aisyah.
Hiburan

Didakwa Tidak Mempunyai Hubungan Baik, Ini Respons Bapa Zara Zya - “Saya Tak Pernah Pun Sekilas Ada Rasa Benci Pada Dia…”

gempak
22/07/2024
08:55 MYT
Bapa kepada pelakon Zara Zya iaitu Zainuddin memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan anak perempuannya itu.