Laman Utama

Peminat Berdebat Tentang Penampilan Ariana Grande Yang Didakwa Mirip Wanita Asia - “Adakah Ini Miss Grande?”

Izwan Isa
06/12/2021
14:20 MYT
Penyanyi popular, Ariana Grande sekali lagi mencuit ketenangan netizen apabila penampilan terbaharunya yang dikatakan mirip wanita Asia.
Dilihat mengenakan mekap yang sedikit cerah berbanding tona warna asal kulit, Ariana turut menggayakan celak mata runcing ala mata kucing pada gambar berkenaan.
Menyorot komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen menerusi laman Twitter, ramai yang menyamakan Ariana dengan imej bintang K-Pop.
“Sekejap, adakah ini Miss Grande?” soal seorang pengguna laman Twitter sambil mengulang siar Tweet asal berkenaan.
“She got tired of cosplaying black women and latinas I guess,” kongsi seorang lagi netizen yang merujuk kepada beberapa dakwaan sebelum ini yang melabelkan Ariana sebagai individu yang terlalu ingin menjadi wanita kulit hitam walhal dia berdarah Itali.
Menerusi sebuah forum hiburan popular pula, ada yang mengakui tidak mengenali wajah Ariana ketika melihat gambar yang dikongsikan oleh netizen.
“Sejujurnya saya tidak mengenali dia menerusi gambar tersebut. Saya ingat ia gambar seorang wanita Asia yang dibandingkan dengan gambar Ariana,” katanya.
Dalam pada itu, ada juga yang menegur Ariana tentang obsesinya terhadap pembedahan plastik.
“Saya rasa, dia perlu berpada-pada dengan prosedur menaikkan bulu keningnya (brow lifts). Doktor bedahnya sebelum ini melakukan prosedur secara sederhana dan Ariana merupakan gadis yang cantik.
“Namun, sejak kebelakangan ini, dia seperti berlebih-lebihan. Dia tidak kelihatan seperti wajah pertama atau keduanya,” ujar pengguna forum berkenaan.
Selain mengkritik tentang penampilannya yang terlalu Asia, ada juga yang menuduh Ariana melakukan culture appropriation.
Untuk rekod, Ariana pernah dituduh cuba untuk menjadi wanita berkulit gelap. Kemudian, Ariana juga pernah meraih perhatian orang awam selepas menggunakan beberapa elemen dari kelompok kulit hitam dan Asia dalam klip video 7 Rings.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

14 Karya Astro Tercalon Dalam ContentAsia Awards 2024

gempak
19/07/2024
08:31 MYT
Astro telah berjaya memperoleh 4 pencalonan pada Anugerah ContentAsia pada tahun 2024.
Hollywood

Ariana Grande Mahu Makan Malam Dengan Pembunuh Bersiri, Disifatkan Sakit Otak

gempak
30/06/2024
21:51 MYT
Penyanyi Ariana Grande meluahkan keinginan keluar makan malam bersama salah seorang pembunuh bersiri paling kejam dunia jika berpeluang berbuat demikian.
Berita

AirAsia Tawar 10 Juta Tempat Duduk Promosi Ke Lebih 130 Destinasi Bermula 8 Jun 2024

gempak
08/06/2024
21:55 MYT
AirAsia kembali menawarkan kempen tempat duduk PERCUMA dengan 10 juta tempat duduk promosi untuk terus menyokong industri pelancongan dan merangsang pertumbuhan ekonomi di rantau ini.
Berita

KLIA Dipilih Sebagai Lapangan Terbang Ke-8 Paling Teruk di Asia

gempak
02/03/2024
14:55 MYT
Berdasarkan survey penilaian purata daripada pengunjung yang dibuat oleh Business Financing, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menduduki tangga kelapan sebagai lapangan terbang yang paling teruk di Asia.
Laman Utama

Ariana Grande Berhenti Lakukan Botoks & Tebalkan Bibir, Rasa Tidak Perlu Berselindung Lagi

gempak
16/09/2023
14:45 MYT
Ariana Grande membuat pendedahan telah melakukan beberapa siri suntikan botoks dan menebalkan bibir