BERITA
“Peminat Bergaduh, Saya Terpaksa Padam…”- Eira Syazira Padam Foto Azad Dengan Patung Bogel
Pelakon dan penyanyi, Eira Syazira mendedahkan dia terpaksa memadam gambar Azad bersama patung bogel sebelum ini daripada Instagram miliknya kerana ia telah menimbulkan perbalahan.
Eira berkata foto tersebut menimbulkan perbalahan yang serius di antara peminat dan kerana tidak mahu keadaan menjadi buruk dia terpaksa memadamnya.
“Gambar Azad bersama patung itu mencetuskan perbalahan dalam kalangan peminat saya.Peminat bergaduh, saya terpaksa padam.
“Ada yang cuba menyebelahi kami kerana memahami ia dilakukan hanya melawak dan ada juga sebaliknya.
“Bagi mengelakkan perbalahan ini berterusan lebih baik saya memadamkan gambar ini dengan segera,” katanya kepada Gempak.
Azad ditemui pada majlis pelancaran program Travel Like Local X Aussie yang berlangsung di sebuah kafe di Kuala Lumpur, pada Rabu.
Terdahulu, pasangan pelakon itu mendapat kecaman warganet selepas berkongsi gambar bersama patung bogel dan dianggap lucah.
Sementara itu, Azad menjelaskan foto itu diambil hanya sekadar untuk bergurau serta kagum dengan keseniannya.
“Saya mendapati patung ini sangat unik dan tidak ada di negara kita.
“Saya juga memuat gambar bersama patung ini untuk bergurau saja dan sedia jika gambar ini mendapat kecaman daripada warganet
“Saya tidak kisah dengan kecaman warganet kerana bukan semua mengecam kerana ada juga mendoakan yang baik buat kami,”katanya.
Foto itu diambil ketika berkunjung ke Pelabuhan Ratu, Jawa Barat, Indonesia, baru-baru ini.
Azad dan Eira berkahwin pada 2012 serta dikurniakan tiga anak iaitu Amara Sofea Rose, Ameisya Leanne Rose dan Areisya Suri Rose.
Must-Watch Video